Dimulakan dengan...

Photobucket

Wednesday, March 23, 2011

:: 23 mac dalam sejarah dunia ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam sejahtera semua, hari ni jommm kita belajar sejarah...sebut tentang sejarah, aku tahu ramai yang tak mintattt...mcm aku gak dlu, rasa berdenyut2 kepala bila cikgu sejarah masuk kelas. Aku masih ingat lagi dlu yang ajar subject sejarah kat SMK (A) Limauan, Sabah iaitu Cikgu Sulaiman..Fuhhhh, lau aku tgk 999 mesti teringat kat cikgu tu..sejibik sama muka die ngan Mazul Akmal Sidik..Garang bebbbb...huhu..but bila aku masuk form6, Cikgu Zaki yang kacak Cikgu Hj Fudziah yang penyayang ajar kat SMK Lajau, Labuan..best sgt2...mmg meletopp gak lah pointer aku bila result STPM kluar..Alhamdulillahhh...

Ok2, back to topic..today sempena 23 mac aku cari info yang berguna buat kita share2..ofcoz lah berkaitan sejarah..hihi..mungkin tiada yang tahu apa yang pernah berlaku pada tarikh 23 mac kecuali hari jadi..hihi..bukan saja yang berlaku d tahun ni, malah yang pernah berlaku d tahun2 yang sudah.....


23 Mac Dalam Sejarah Dunia 


23 Mac merupakan hari ke-82 (hari ke-83 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 283 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:



psssttt : pas korg baca entri ni mesti ada yang tak pernah tahu kan??? heee ^^ takpe, kita sama2 belajar..dalam tahun ni lak aku tahu tahu sikit jerr perkara yang berlaku..pertama Result SPM 2010 kluar..dup,dap,dup,dap..good luck adek2..kedua Hari Geology, nie aku dgr kat radio pagi td..urmmm, yg lagiii...hari ni aku x lunch kat rmh nenek coz bt preparation utk pelawat esok..







Tuesday, March 22, 2011

:: anda mungkin tidak tahu (part 2) ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Morning...sejuk pagi nie, hujan dr semalam..p matahari dh mula kelihatan..hello!! hehe..topic untuk hari ni adalah mengenai meja. meja is table..hehe. sapa x tahu apa benda 2 arr?? g buka kamus or g tanya pak google..hehe. Meja banyak fungsi n kegunaan nya..ada yang menggunakan meja untuk meletakkan sajian hidangan makanan, untuk kegunaan pejabat mahupun pembelajaran..dan ada jugak yang suka kumpul koleksi meja mengikut citarasa individu...jommm, tgk beberapa jenis meja mungkin sesuai dengan citarasa anda..hihi...


game pacman, aku tjerit2 gak lau main game ni..mcm aku yg kena kejar..hihi. meja ni santai je kan..

kaki perempuan mana lah ni ekk..bukan kaki aku..hihi

ohhhh...jgn tgk, sapalah punya idea nie..

hehe..abg sumo yg chubby, jgn gerak2 ye

ni leh buat anai2 bersarang x? huhu

berani ke kalau pakai meja nie??

ni ada style kan...tp keta 2 mcm fesen lamooo...

wow....bapak2 pengurus pasti nmpk macho n muda lau pakai meja nie..hehe

yg ni biase aku tgk..nyamm, sedapp je limau 2..hihi



pssssttt : kalau beli meja, jangan lupa beli kerusi ye..hehe..



Monday, March 21, 2011

:: barang bagus dah sampai ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 Just short n3 for today..aku nak share something yg berharga..xlah berharga jutaan ringgit or kilauan emas berlian..hihi..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

PANDANGAN DEPAN

PANDANGAN BELAKANG

Taaaaaaaarrraaaaaaaaaaaaa!!!
mesti korg x faham kan?? pandangan depan, pandangan belakang..hihi
ni lah barang bagus aku yg dh sampai pada 19mac2011
aku ambik sendiri tau dtg kat pejabat pos..hihi
biar aku bgtahu..apa nama benda bagus ni..

" MOCK UP STICKY ALBUM "

alaaa, album yg kita leh lekat2 pic 2..mcm2 gaya korg nk lekat, lantak lah..sbb korg punya..
album ni aku odder khas dr Kuching, Sarawak
kejap je die bt n hntr..wowowo tu yang buat aku teruja nak tgk..
mmg puas hati sgt2 bila tgk hasil kerja miak Sarawak ya..if korg nk buat mcm 2, leh...nnt i bagitahu..
korg tahu tak napa aku happy sgt ngan benda bagus ni??

the reasons is : hehe..

1. aku buat ngan duit hasil titik peluh sndiri $$$$, x mintak duit mak bapak taw even aku keje bergaji ciputt

2. aku senyum2 bila lekat pic kat album ni, yelah..org bt album besar2 utk kenangan d hari bahagia terutama kawen..tapi aku bt utk hari konvokesyen je??? aik3...bg aku hr 2 cukup bermakna..

3. family aku suke, suke, sukeeee sgt..hihihi..

4. urmmm, aku start lah b'angan2...pas ni nk bt album ape lak..hehe..tentunya untuk kenangan yg melakarkan senyuman terindah aku bersama yg tersayang..family, friends n him..



pssstttt : aku ingat nk letak album 2 buat hidangan time raya nnt..haha..


Saturday, March 19, 2011

:: istimewa buatmu syg ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Today 19mac2011, bersamaan ngan hari sabtu...aku tak terfikir apa2 yg menarik untuk hari ni cuma sikitt perkara iaitu Fenomena Supermoon dan Hari Ulang Tahun Kelahiran jejaka yang telah berjaya curik my HEART selama hampir 3tahun nie..muahahaha! U so lucky darling...ahahaha..

So entri hari ni just 4my [L][O][V][E][R]..muahaha, jangan jelesssss!! hikhikhik..

SEMPENA UR BESTDAY, ME NK WISH...

Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki

dikuatkan iman dan jangan lupa padaNya

sentiasa berbakti pada orang tua dan family

diberkati dalam apa yang diusahakan dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak..Amin

hehe...jgn lupa belanja arr, hehe..me owez waiting 4 u syg! semoga hubungan kita direstuiNya dan kekal hingga akhir hayat..InsyaAllah..Amin..


Pssstttt : camtok lah kehidupan cinta jarak jauh, x setiap waktu nak berkepit n buat tayangan umum..hoho.. but aku suka hubungan mcm ni, jarak bukan halangan untuk sesebuah hubungan. Apa yang penting mcm na kita nak pertahankan perhubungan 2..kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan mmg sgt2 penting..apapun jangan lupa untuk berdoa padaNya. Menjaga hubungan kita ngan Allah, Allah pasti akan menjaga perhubungan kita gak samada hubungan kekasih, keluarga n kawan2..insyaAllah. Alhamdulillah we still loving each other until now...yippie..hehe..


Thursday, March 17, 2011

:: anda mungkin tidak tahu (part 1) ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wuzzup!!! hari ni aku rajin membaca memandangkan aku xda mood nak bercakap atas sbb tekak ku yg cakitt..hehe, mmg pun aku rajin membaca muahaha. Tgh2 seronok membaca aku jumpa info2 yg mangkin korg x tahu dan honestly aku pun x pnh tahu sbnrnya..hihi..tahu sikit2 jelah ikut logik, p yang hakikatnya msh 50-50. apapun dgn perkongsian ilmu macam nie, mungkin kita boleh tingkatkan confident bahawa kita TAHU...jommmm, ketahui.. 
 

1. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

2. Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

3. Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
 
WOW!!! semut bina badan..hikhik
4. Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

daun marijuana korg proses jd kertas yee..

5. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

6. Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

panjangnyooo lidah

7. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

8. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
 
9. Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

serammm nye mata merah..huhu
10.  Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

11. Unta mempunyai 3 kelopak mata.
 
12. Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

nyam3..sedap! tp bahaya pd anjing..kucing lak??
13. Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
 
14. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

15. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

ntah sisik ikan apa lah ekk dlm lipstik??
16. Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

17. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

18. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
 
19. Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
 
20. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

rasanya tok Raja Saudi, lak mek nanyak Pak Google


pssssttt : stakat ni dlu ye, nnt kita study lagi kenali info2 menarik dunia d n3 akan dtg...dh baca 2, sharelah kat kwn2. leh bt kuiz gak..hahax

Tuesday, March 15, 2011

:: fenomena 19 mac 2011, anda wajib tahu!! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Sejujurnya aku tak tahu kemungkinan besar apa yg bakal berlaku pada tarikh 19 mac 2011, aku tahu tarikh tu adalah hr istimewa my hubby..hehe. time aku jln2 d alam maya mencari info2 semasa ttg tsunami, ssuatu aktikal yg menarik perhatian ku iaitu fenomena supermoon yg bakal berlaku pada hari sabtu nie... apa  itu 'fenomena supermoon' a.k.a 'syzygy' atau dlm bahasa melayu 'adi bulan'..aku tertarik untuk berkongsi infoa ngan korg selepas aku membaca informasi yang ditulis oleh mr kulanzsalleh.. 

kedudukan bumi dan bulan


Supermoon 
adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy 
pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

adi bulan
  (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo 13/03/2011)


bila selalunya fenomena ini akan berlaku??
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.


 punca dan kesan fenomena supermoon??
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.


Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon. Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi.


pssstt : apapun ramalan, kita kenalah owez bhati2..smua d tangan Nya, samada benar2 akan berlaku atau tidak..semoga kita semua dilindungi oleh Nya, Amin..



Saturday, March 12, 2011

:: tsunami mengganas di jepun ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

         Alhamdulillah, SYUKUR~SYUKURRR Ya ALLAH... tulah yang hanya mampu aku katakan slps terselamat drp tempias bencana malapetaka TSUNAMI melanda Honshu, Jepun.. Melihat Video dan Berita yang d tag oleh kawan2 n family, berdebar rasa hati..apalagi slps amaran berjaga2 bermula jam6 ptg hingga jam12 tgh malam d perairan Sabah dan Labuan d keluarkan..huhuhu...tepat jam 5.30ptg aku bergegas meninggalkan kerja2 pejabat..angin meniup kencang d pulau ku, ya...aku lihat pemandangan laut d hdpn bangunan pejabat..Ya Allah x dpt ku bygkan kalau air ombak TSUNAMI tu membadai pulauku yg hanya beberapa meter persegi luasnya.. Nauzubillah... Syukurlah, sblm jam12 tgh malam smlm amaran berjaga2 bg perairan Sabah dan Labuan d tarik balik...

MUSIBAH TSUNAMI



HANYA SEKELIP MATA




 



 



 
 VIDEO RAKAMAN TSUNAMI KLIK SINI
 
 BERITA TERKINI MAKLUMAT SEMASA KLIK SINI


pssttt : semua yg berlaku sudah d takdirkan Nya..apapun, sntiasalah beringat wahai sekalian manusia!! semua yg berlaku ada nikmah n petanda yang perlu kita sedar sblm terlambat...takziah kepada mangsa2 Tsunami. 










Friday, March 11, 2011

:: adat ♥ sarawakian : persediaan + semasa + selepas kawen ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

 
 
jommmm!!! kita sambung part 2..hehe kenali adat budaya n tradisi perkahwinan sarawakian
 Persediaan

Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin. 
wedding card!
Mak Andam main peranan..eheh
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan.
Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

~ Bergendang ~
Majlis Perkahwinan/Persandingan
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.

Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban). skng msh mcm 2 ke errk??

Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.

Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah . Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.

Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai . Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.

Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. nak tahu ape tu 'mkn nasi temuan?? ' next time aku share ye..kenak carik info dlok..hehe
Acara Makan Nasi Temuan
  
Selepas Perkahwinan
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru. ermm, p bila tgk keadaan skng, perkara utama pas kawen yg pasangan kawen akan bt ialah outdoor photoshoot...ehehe yaloh untuk kenangan bsama yg tcinta..hihe
Sweet kan??
hehe..this time wedding Abg li n Abby..
pssstt : kawen, kawen gak...p ktk mesti tauk mun nikah ya ada mcm2 istilah dlm adat budaya sarawakian..next N3 ye..hehe. Selamat pengantin baru bt pasangan yg baru melangsungkan penikahan n yg bakal2 naik pelamin. ermm, kawen 2 senang je kan??? p tggjwb dlm rumah tangga tu kna d ttik beratkan. jgn bt majlis grand2 superB lagi, tp xkekal lama..mbzir gak kan namanya..huhu. xda niat utk mengata or sindir sesiapa, untuk peringatan bersama bha.
 
 

Thursday, March 10, 2011

:: adat ♥ sarawakian : merasi + ngangin + bertekul + mareya ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
wowwww!!! talk about KAWEN mcm2 yg trbyg ye..mulalh ada yg tsengeh, malu2, nk kira2 budget, fikirkan tema pelamin, jenis2 hntaran, cincin bling3 n mcm2lah kan...lantaklah korg nk fikir ape..korg punye suka..hehe. Ntah pagi ni angin ape ntah aku view2 gmbr kawen..haha, so 4 this n3 aku nk share ttg adat kat cnun, sarawak bumi kenyalang ^^ 
Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumi adat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.

Sebelum Perkahwinan :
1. Merasi

Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.

** Skrg ni, adat ni tidak diamalkan lagi. Mungkin masih diamalkan tetapi, peratusannya sangat kecil.

2. Ngangin

Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.

3. Bertekul (Merisik)

Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang ATAU barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya). Ini bermakna keluarga pihak lelaki mempunyai pilihan samada hendak memberi wang atau cincin kepada si gadis.

4. Mereya ( Bertunang )

Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Mungkin bagi orang semenanjung, cincin itu mesti mempunyai berlian / batu. Tapi, bagi masyarakat melayu sarawak, ianya bukan satu kemestian. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang / langkah dulang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, hantaran hanya dibuat sekali sahaja iaitu di masa hari pertunangan. Tidak seperti di semenanjung, terdapat negeri yang mengadakan dua kali hantaran iaitu pada hari pertunangan, dan pada hari pernikahan.

Sumber ini aku dapat daripada orang-orang tua yang lebih berpengalaman. Aku merungkai persoalan tentang adat pertunangan di sini kerana aku baru tahu dan terdedah dengan adat meminang di semenanjung. Sangat berbeza. Kalau adat melayu semenanjung, ada cincin risik dan cincin tunang. Dan syarat cincin tunang, mesti ada batu. Kemudian hantaran ada dua kali. Iaitu masa pertunangan dan pernikahan.

Adat melayu sarawak pula agak ringkas, ada cincin tunang dan terpulang kepada individu samada nak cincin ada batu atau cincin belah rotan sahaja. Kemudian hantaran hanya sekali sahaja, iaitu masa hari pertunangan.
 


bestkan tgk...so sweet!! aik, lum hbs lagi nie..n3 ni baru sampai btunang jer, wait for part2 lak ok..hehe.. dear sarawakian, r u follow this adat resam?? hehe.. me dont know lah..hny utk perkongsian bersama..tuk my frenz yg dh berjaya melepasi garisan d risik n bertunang, tahniah...cpt2 lah kawen ekk...yg still single, insyaAllah waktu mu akan tiba juak..


pssstt = mun ada yg silap2, lets me know ok ^^ tq. me nk cincin cgek! haha... 



 

Wednesday, March 9, 2011

:: Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
JOMmmmm sama2 memeriahkan..hehe^^ support each other maaa...



cOntEst !!! klik sini

Bermula : 3/3/2011 jam 12.01 am
Berakhir : 11/3/2011 jam 11.59 pm


Syarat- Syaratnya

1. Wajib follow blog ini EYANA punye bloG serta blog utama PENGANJUR di shaizhar (kepada follower's baru) ~ Okie2 aku dh letak ! 


2. Entry bertajuk -) Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List ~ Yupz, tajuk pun dah betul !


3. Letak banner di side bar dan atas entry *wajib berserta link terus ke entry ini ~ Link kat bwh banner ek!


4. Tinggalkan penyertaan id follower dan url untuk entry contest tersebut di ruangan komen ~ Hehe dah!


 5. Nak tag boleh, tak nak pun tak apa ~ aku give CIK SYAZA + Mr MENITI SENJA + LIANGMOI YUKI

   
Aku follow2 jak ni sbb dapat juak memeriahkan bloglist yang sedia ada dengan kehadiran entry-entry terbaru setiap hari. then juga dapat 'mempromosikan' blog aku kepada blogger2 lain dan memanjangkan persahabatan di alam maya ini..ok lah 2 kan?? hehe
Psssstttt : kepada yang di tag harap korang sudi memeriahkan..


:: ku tido aher tgk True Beauty ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 


Jalan2 kat FB td aku terjumpa fav aku nehh..hujung minggu mmg pgram realiti Tv ni yg aku suka tgk. Dah lah start jam 11 lebih malam, kadang dh tido aku bangun smula gara2 nak tgk TRUE BEAUTY







Rancangan realiti Tv nie bukan mcm model2, nyanyi2 or menari2 tuh... nak tahu why aku suka tgk cita neh?? ok2, nie aku share kat korang hehe sharing is caring maaa ~ haha






1. pertandingan ni menilai erti 'cantik' yang sebenar bukan hanya dr luaran tp juga dalaman. see, org barat pun pandai taw nilai sopan santun, akhlak n etika.

2. persaingan yg kita leh nilai sama da ok or x cthnya sikap hipokrit, jujur, iri hati dlm sesama kelompok n else.

3. mengajar kita untuk jangan suka menilai dr luaran.harus ingat!!

4. sentiasa berhati2 coz sekurg2nya pasti ada seorg yg menilai perwatakan kita termasuk DIA yg sntiasa melihat apa yg kita buat..so be aware!

5. aik..aik..aik, aku dh bagi 4 sebab..selebihnya korg tgklah sendiri ye..hehehe






para judges! juri yg owez bsama  dorang yg kanan n kiri, yg tengah juri yg tersembunyi...hehe dia suka intai pergerakan org2 yg shantik n kacak ni melalui camera litar tutup yg tsembunyi ! so xda chance nk buat watak tipu2..










si shantik yg aku suka tgk..ada style org Asia dia nie..lgpun dia owez tunjukkan diri n watak dia sbenar..GooD LucK Amy !!
 




layanzzz !!! jom tgk..hehe kat channel Star World


pssssttt ~ nak CANTIK x perlulh nak jd cantik kulit gebu, mulus n berseri tapi hati bucukkk n hipokrit..xpelah org kata hodoh mcm ne pun tp lau hati bersih suci, 2lah yg terbaik!! ohhh xguna ckp panjg lebar, Allah lebih tahu kan?? hehe ^^



Tuesday, March 8, 2011

:: wanita untuk wanita, selamat hari wanita ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Oh maaf coz aku lupa bila Hari Wanita Sedunia..huhu.. Then aku  belum sempat korek sejarah Hari Wanita yang telah mewujudkan 1 tarikh istimewa untuk para2 wanita..hee^^

Tapi aku rasa xda apa yang istimewa pun hari ni.. 

Xda ucapan selamat Hari Wanita dari sesiapa..

  Xda pakai Baju lawa2 Dan saling menziarahi sesama wanita..

  Xda bunga ros untuk aku..ahakz

  Xda hadiah...

  Xda sale...

  Xda cuti...


apapun, aku ada special untuk korg yg bergelar wanita..walaupun hanya sekadar lagu, tapi sgt bermakna tiap2 bait ayatnya.. thanks to Dato' Ct Nurhaliza dh hasilkan lagu nie..besttt...special untuk aku, dia dan kamu..

WANITA
Singer : Siti Nurhaliza 
 
Aku wanita
Punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga
apakah salah jika aku meminta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati belahan jiwaku ini
cintaku ini anugerah terindah
dari yang Maha Kuasa
cintaku padamu tak pernah berubah
meskipun kita berbeza
apakah salah jika aku meminta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati belahan jiwaku ini

chorus:
aku wanita
aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita
aku punya cinta
selayaknya manusia
apakah salah jika aku meminta
apakah salah jika engkau ternyata 
pilihan hati belahan jiwaku ini
haaaaaa
ku wanita
If nak dgr lagu ni klik sini ok! Mmmuuaaah!!