Dimulakan dengan...

Photobucket

Monday, October 13, 2008

bacalah wahai teman ku..

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasihat LuQman aL - Hakim..

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

info kesihatan !

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

MIGRAIN ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain. Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain. Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga adakalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain. Serangan migrain Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari. Apakah gejala migrain? Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak. Gejala lain migrain

1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

2. Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

5. Badan berpeluh.

6. Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

7. Kepala terasa pening.

8. Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

9. Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.


Apakah pemeriksaan yang dilakukan? Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.


Apakah rawatan bagi penyakit migrain? Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID). Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.


Sumber: Profesor Dr Raymond Azman Ali.

Kesihatan Keluarga

Sunday, October 12, 2008

makan soto d pantai..hehe

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
hye teman2..

hehe..hari ni best! taw nda...hehe..td ada org makan soto d pantai..ada 6 org bah..

mcm2 jenis soto ada..mmg sedap, tp d sebabkan aku dah kenyang..sikit je aku mkn. tp balik bilik singgah juga g bilik azi..mkn soto lg..hehe

sedap bah msakan linda dan azi..hehe..sapa maw dorg ni??? sup tuuuuuuuuuuuuuuuu...hehe

klu teringin nak join kami mkn soto lagi..jom lah..hehe.. suka2 syak kmu maw ikut ar! hahaha..

tp ada 1 cerita ni, 1 kwn aku ni tetiba pelik..leh pula d kutipnya batu2 d pantai..nak bt seni..hehehe.. 2k peminat soto..tertambah2 bah mkn..ish3 mmg raja soto tul org tu..sapa tu ar!.. sama2 1 bilik..hehe

indah tul pantai hari ni


Friday, October 10, 2008

ku ikhlaskan

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
dear blog ku,

hari ni aku ingin sedarkan hatiku, bt kali kedua aku terasa takut kehilangan lg. dulu aku punya sorg teman sejati llaki. dr kecik kami sma2 mbesar, skolah bersama..ibarat adik bradik. d mana ada aku, d sna jua dia ada. tanpa kmi bersma, bagai 1 persolan utk yg d sekeliling kami..apa benar kata org..llaki dan ppuan xkan boleh jd kwn baik, istimewa.. bg ku, aku tlh buktikan selama 10 thn phbgn erat kami..numun ternyata mungkin benar apa kata org, hbgn kami x selama yg kami impikan..kini dia dan haluan nya, aku dan haluan ku. tiba2 aku merindukan dia hari ni.. rindu saat kami bermain bersama, bergaduh dan saling menjaga.. hafiz, ko d mana skng? aku rindu sgt persahabatn kita yg dlu..andai ko tahu yg ku lalui skng, aku ingin ko d sisi ku. temani spt mana saat ko menemani aku bila aku takut, bila aku menangis dan bila aku sakit...

saat ku khilangannya, mungkin tuhan tlh temukan aku ngan penggantinya.. hari msa yg tlh berlalu, aku temui sesorg...saat awal pknalan lg, aku x tahu knp begitu erat hbgn kami. bercerita kisah yg lampau, berkongsi cerita dan masalah, dan aku sggup temani tiap langkahnya yg memerlukan aku d sisinya.. siang dan malam tu ibarat milik kami.. bercerita 1 mlm bagai 1 masa yg singkat..terlalu byk kisah yg perlu kami luahkan..semakin lama, aku mulai sayang padanya dan aku x tahu bila rasa itu bermula. tiap yg dia mahukan aku turuti, slagi aku mampu..aku akn wat nya happy. wlaupun kkdg dia suka sgt sakiti aku, tp bg ku apa yg d lakukannya mungkin adalah yg selayaknya buat ku..kerna aku cuma sekadar teman, temannya..

ku luahkan smua yg tersimpan utknya, mungkin 1 jenaka dan mungkin cuma 1 kisah yg biasa..sampai 1 masa d mana aku rasa hilang semangat 2k nya..aku kuatkan hatiku, aku tabahkan smua yg ku rasa, aku nafikan smua yg aku ada.. kebahagiannya juga adalah kebahagian bt ku, ku akui aku sedikit terkilan tp pasti smua yg berlaku adalah yg selayaknya bg ku.. biarlah yg berlaku terus berlaku, akan ku ikhlaskan smuanya..kerna aku takut, sekali ini biarlah aku kehilangan nya sbg yg ku impikan tp bukan sbg teman.. aku x mahu dia pergi spt hafiz, sjahat mana pun dia 2k ku, aku tetap sygkn dia...

2k hafiz, andai kita kawan yg sejati..1 masa nnt tuhan tu pasti temukan kita. aku xkan lupa smua msa2 kita bersama..dan smua teman2 yg ku sygi dan sentiasa temani aku, kamu juga terbaik..terima kasih sentiasa bersamaku..


Wednesday, October 8, 2008

salam syawal 08

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
salam lebaran semua !!



selamat hari raya, maaf zahir dan batin..hehehe..



raya kali ni mmg berbeza sikit dr yg sblumnya, apapun mmg best..byk kenangan baru. apapun smuanya d smbut secara sederhana, wlaupun bju raya cuma sempat siap 1 jer tp no hal, tetap beraya bah..hahaha.. duit raya pula, leh tahan..ada la juga kueng3, jgn jeles ar! kali ni beraya bersama family dan kwn2 tersayang. urmm..pnah sorg tu tny apa istimewanya raya kali ni bg aku ??? well 1stly mmg la aku bsyukur sgt dpt kenali kwn2 baru aku..kmudian lbh bermakna klu ada dpt cinta baru d aidilfitri, wah3.. just angan2 bah! hahaha..

o yea, 2k smua yg knali aku dan family..d ucapkan salam aidilfitri, jemputlah dtg g umah k.. then 2k kengkwn pula, kita beraya gak tp assignment jgn lupa bah..huhuhu, nak final exam dah ! gud luck smua...