Dimulakan dengan...

Photobucket

Friday, March 4, 2011

:: suntik untuk cantik ??? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SANA sini heboh orang memperkatakan mengenai keajaiban suntikan vitamin C yang mampu mengubah penampilan seseorang: menjadikan kulit lebih mulus, tegang dan cerah. Berita ini jadi lebih menarik dan berpengaruh apabila beberapa artis terkenal tanah air membuat pengakuan terbuka menggunakan pendekatan sama untuk tampil cantik sepanjang masa. Keghairahan wanita untuk tampak sentiasa cantik dan awet muda juga mendorong pengeluar produk kecantikan berlumba-lumba menghasilkan beraneka barangan yang diperkaya vitamin C tulen bagi memenuhi permintaan di seluruh dunia.

Sebenarnya, sejak dulu lagi doktor menyarankan pengambilan makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Namun, gaya hidup moden dan tabiat pemakanan yang banyak bergantung kepada makanan disajikan di restoran menyebabkan ramai terpaksa mengharap bantuan pil vitamin. Umum mengetahui khasiat vitamin C iaitu bahan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen dan tendon. Malah, vitamin C turut membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun badan supaya terhindar daripada jangkitan penyakit.

Namun, bagaimana pula ia boleh berfungsi sebagai bahan penting kecantikan? Perunding Kesihatan, Dr Asma Abdullah, berkata vitamin C adalah bahan antioksidan semula jadi yang melawan tindakan radikal bebas bagi memperlahankan proses penuaan. Walaupun ramai menganggap mereka mengamalkan diet seimbang dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (termasuk jus buah segar) tetapi makanan diambil masih tidak dapat memenuhi keperluan vitamin C harian.

Vitamin C adalah vitamin larut air. Kaedah penyediaan masakan yang salah akan menyebabkan ia mudah hilang, terutama jika sayur dibasuh selepas dipotong. Vitamin C akan larut dalam air basuhan yang dibuang. Cocok Vitamin C plus Collagen... hurmm, sakit x?? untuk cantik sekarang semua sggup buat apa shj. Melabur kan duit sampai beribu2 pun xde hal..smua kerana nak cantik punya pasal. well, betul2 ke cantik bila dh buat mcm tu?? jomm kita share skit information ttg suntik menyuntik nie..heee ^^

PIC FROM PAK GOOGLE
 
suntik2 nie specialnya bukan sahaja untuk kelihatan shantik serta merawat masalah kulit berjerawat malahan berupaya merawat masalah seperti berikut :


1) Meningkatkan tahap imune system
2) Mengurangkan Gejala Selsema
3) mempercepatkan pemulihan luka
4) sihatkn gusi
5) merawat asma dan elergi
6) elakan dari cataract
7) elakan dari sakit jantung dan beberapa jenis cancer
8) bina collagen untuk kulit supaya lebih segar dan licin


 psssttt : if korg nk bt pastikan jumpa doktor yg btauliah ye..hee ^^

2 comments:

Anonymous said...

nice artikel..;p

EyanaNoorAzlan said...

The Bee N The White Roses ~ thanks..gv me some rose..hee^^