Dimulakan dengan...

Photobucket
Showing posts with label kesedaran. Show all posts
Showing posts with label kesedaran. Show all posts

Friday, January 20, 2012

:: sudahkan anda bersedia?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Assalamualaikum..
Selamat Pagi Kawan2..
Alhamdulillah kita bertemu lagi di hari Jumaat..
Jumaat, penghulu segala hari..
juga hari penamatnya dunia..SubhanAllah..
awal tahun ni je kita digemparkan dgn pelbagai fenomena kan??
eyana msh terfikir sbnrnya apakah bunyi aneh kat Samarahan tempoh hari tu..
adakah pertanya bakal kemunculan dajjal??
sgguh pun demikian, msh ada yg membawa hal ni sebagai jenaka..
"alaaa..bunyi ko bdengkur, naga dragon ball..karutlah..."
hurmmm..apapun kesahihan nya, hny Allah yg tahu..



pagi tadi pas bfast ngan kawan2 opis..
member tunjuk video ni..MasyaAllah..
naik je bulu roma ni..sblm ni eyana pnh tulis Kisah Betul Seram..
nmpknya bkn hanya kat 1 tempat bunyi seram tu..
Ya Allah, adakah hari itu semakin hampir...
so, adakah anda sudah sedia ??

psstt : setiap masa yg berlalu, amatlah bharga... 

Wednesday, January 18, 2012

:: demam lagi ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Selamat Malam Belogg..
yuhuuuu...eyana baru bkesempatan nk update blog..
pagi td pun eyana x masuk kerja..
terpaksa ambik MC..
selsema, sakit kepala...berair je mate..huhu ='(
oklah, insyaAllah esk eyana smbung story ttg percutian k..
jap lagi nk makan ubat, minum air cap badak..hihi..
air fav eyana time demam..

demam2 pun ada feeling jiwang taw..
so eyana nk layan lagu nie..
Mr bagi time eyana kat balit cnun =)
doakan eyana cpt sembuh ye kawan2..tq..muaaahh3x
selamat malammmm...mimpi manis2 ye..hihi



pssstt : eyan duk dpn tv, tgk berita..macam2 dh jadi kat bumi kita kan?? 

Sunday, January 15, 2012

:: kisah seram tu mmg benar ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam hujung minggu belog..
pasti ramai yg menghabiskan masa weeked kat rmh kan?
xpun spend time ngan family & frenz..
actually today eyana mmg dh planning nk hang out ngan kazen2..
ntahlah memandangkan last nite eyana tido lewat sgt sampai jam4 pagi,
so today eyana x larat..family ajak p bandar pun eyana xdpt pergi..
Maaf sgt2 ye..  insyaAllah next time pnjg umor kita pergi jalan2..

so eyana spend time weekend ni kat rmh..
eyana x keseorangan, coz ada my lil bro & moew2 kat luar..
pas breakfast eyana dduk2 lah on9 smbil minum Vitagen..
1 topik yg buat eyana berdebar2 sgt bila baca entri Eva..
seriously naik bulu roma eyana baca entri tu...
before ni time sembang2 ngan Mr, dia penah cite hal sama..
seingat eyana hari khamis, Mr ckp mak cite seram td kat kampung ni..
seram tu hantu ke?? eyana bkn x caya..mmg benda2 tu wujud..
Mr mmg jenis xpandai nk cite pnjg lebar so siap je mak Mr solat, zikir2 & doa..
terus pas Hp kat mak dia..
100% cerita tu sama mcm kisah Eva dlm belog dia..
dalam family Mr, kakak ipar dia je yg dgr..
then jiran sblh dan belakang pun mengalami kisah yg sama..
tgh malam dalam jam 2-3 pagi macam tu..
ada jiran dgr bunyi org pijak2 atas bumbung rumah..
tapi paling ketara bunyi dengkuran yg kuat sgt..




berturut-turut sejak hari Selasa & Rabu..
so kebetulan hari khamis malam Jumaat, org kat masjid buat baca Yassin beramai2..

adakah ini satu pertanda buat kita???
sama2lah kita beramal ye..sblm terlambat..
Ya Allah, lindungilah kami..


psssttt : hikmah sebalik kejadian pasti akan memberi kesedaran pada kita...apapun semua terletak pada kita.   


Saturday, January 7, 2012

:: never judge anyone ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


The doctor was called one evening for an urgent surgery. He answered the call, changed his clothes, reached hospital in minutes & went directly to the surgery block. He found the boy's father waiting, in the hall for the doctor. On seeing him, the dad yelled: "Why did U take all this time to come? Don't you know that my son's life is in danger? Don't you have any sense of responsibility?" The doctor smiled & said: "I am sorry, I wasn't in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call...... And now, I wish you'd calm down so that I can do my work" "Calm down?! What if your son was in this room right now, would you calm down? If your own son dies now what will you do??" said the father angrily The doctor smiled again.... . . . . . .

The surgery took some hours after which the doctor went out happy, "Thank goodness!, your son is saved!" And without waiting for the father's reply he carried on his way running. "If you have any question, ask the nurse!!" "Why is he so arrogant? He couldn't wait some minutes so that I ask about my son's state" Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left. The nurse answered, tears coming down her face: "His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son's surgery. And now that he saved your son's life, he left running to finish his son's burial." Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through !!!

**sumber copy & paste dr Facebook


pssstt : bila kita menasihat/menegur mahupun menyindir ke,,jgn pentingkan diri taw ikut sedoppp otak, mulut & hati je nak kata sehingga seseorg itu tidak mampu untuk berkata-kata.. sbb nnt sendiri yg malu, ingatlah bahawa ALLAH maha adil ^^



Wednesday, January 4, 2012

:: apa sebab moody ? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kawan2, jap lagi nk lunch kan? lapar tak? laparlah kan..hihi..
skng kan eyana ada rasa kepelikkan dh diri eyana..
ntah lah, akhir2 ni eyana mudah sgt moody..
then bila dh moody, terpikir lupak "pesal aku moody, xder point pun" huhu..
hellppp sapa leh tolongggg..
cian yg owez kena tempias adalah Mr.Right..dia duk jauh2 pun, terkena gak..
tak suka, mencikkkk !! betul2 tak suka feeling mcm ni..
nak kata tekanan kerja, xderlah coz opis langai je..
since belum ada project baru, we all just update & kemaskini document je..
nk kata masalah usin, Alhamdulillah msh ade utk berbelanja..
hurmmmm...nape ek? kadang rasa nk nangis je...huhuhu...
mmg xsuka nk moody2, apa lagi kalo melarat2 kat org lain yg x bersalah..
Ya Allah.. ='(


Kamus Brunei Melayu today :
1. Langai = tenang, sepi & tak busy
2. Usin = Duit, Wang


psssstt : smpai btemu lagi, lum sempat nk pindah pics2 percutian..kelak update k..^^


Saturday, December 31, 2011

= 2012 =

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SELAMAT TAHUN BARU KAWAN-KAWAN =)

2011 byk kenangan spt tahun2 yg lepas..
ketawa, gembira, sedih, menangis, duka, pilu, teruja hurmmm mcm2 ada...
tiap hari yg kita lalui pun pasti ada pelbagai rasa kan???
yg lepas pasti akan berlalu..
perjalanan masa terlalu cpt bila kita lalai & sia2kan masa tu..
Alhamdulillah tahun 2011 azam & impian tercapai walaupun tak 100%..

sempena tahun 2012, aku nak wish buat korgggg...especially to Umi & Cucu2nya yg dh wish 4me awal2..hihi...thanks dear =)
* semoga dberikan kesihatan utk meneruskan kehidupan...Alhamdulillah
* d murahkan rezeki melimpah ruahh...Amin..
* azam & impian tercapai..insyaAllah..
* semoga kita sentiasa dlindungi & apa yg kita usahakan sentiasa dberkatiNya..Amin..

hurmmm apa lagi ek?? hihi...
* oh yahhh, pastikan ada perubahan dlm hidup anda ^_^ semestinya ubahlah yg negatif tu kepada yg lbh baik okey?? kalo kita x usaha, Allah xkan mengubahkan nyeee... (entri belog jugak akan mengalami perubahan, nk tahu apa?? tggu lah nnt..hihi)

owkeylah, msh xleh nk membebel pnjg lebar sbb sesi kemas mengemas msh belum selesai..huhu..
insyaAllah tonite clbrate new year kat rmh nenek sblh mak (nenek sblh abah clbrate kat Brunei huhu..) then skali nk meraikan 3 orang birthday girl!!! we all jarang sambut kat dataran or kat yg ramai2 tu coz terlalu sesak..kkdg leh buat sesak nafas..hellppppp..hihihi..yg penting owez clbrate bersama Mr. Right even kami berjauhan.. ok guys, Happy New Year!!


psssttt : terbaik 2012, insyaAllah =)







Thursday, November 17, 2011

:: patutkah kawen awal ?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

sumber : copy & paste from LeYs Slamber II

Sunday, July 31, 2011

:: alhamdulillah, masih berpeluang utk berpuasa tahun ni ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan." 
(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu. 
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain. 
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat. 
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan. 
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya. 
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


psssttt : entri ringkas utk malam nie, letih..nk tido awal..esok bgun awal gak utk sahur..korg puasa gak taw..nite =)

Friday, July 22, 2011

:: menangislah selagi mampu bersabar ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat semua, Alhamdulillah kita bertemu lagi..=) utk perkongsian bersama, lately bz sgt ngan kerja..kadang balik rmh 10-11 malam..cpt masa berlalu..tapi terasa rugi bila xdapt luangkan masa utk yg tersayang and amal kewajiban..honestly bila project dh makin bz menjelang Ramadhan, nk tunaikan solat pun lewat..sometimes tertido sblm solat...ya Allah, ampunilah hamba-MU..


pic : sumber pak google

Menangis, menurut Al-Ghazali, disunahkan saat membaca Al-Qur’an. Cara untuk memaksakan tangisan adalah membayangkan hal-hal yang dapat menyebabkan kita menangis, yaitu dengan merenungi ancaman dan janji yang ada di dalam Al-Qur’an, kemudian merenungi kealpaan sikap kita terhadap berbagai perintah dan larangan Allah subhanahu wa ta’ala.

Rasa sedih dan tangis hanya menghampiri hati seseorang yang bersih. Hilangnya kesedihan dan tangisan hendaknya membuat kita bersedih (dan menangis), karena hal tersebut merupakan tanda musibah terbesar yang telah menimpanya.”

Allah subhanahu wa ta’ala memuji makhluk-Nya yang paling mulia di dalam firman-Nya,

“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS Maryam: 58)

Ibnu Sa’di berkata berkenaan dengan ayat di atas, “Firman Allah subhanahu wa ta’ala, ‘Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis, maksudnya adalah mereka khudhu’ dan khusyu’ dengan ayat-ayat tersebut, karena menggoreskan iman, cinta dan takut di hati mereka, sehingga membuat mereka menangis, berserah diri dan sujud kepada Tuhan mereka.”

Allah subhanahu wa ta’ala juga berfirman mengenai para ahli kitab yang shalih,

“Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, ‘Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.’ Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS al Israa’: 107 - 109)



I love my job, but not kat tempat tutttt...rindu nak balik main office, bukan x suka kat tempat client. Tp sgt2 stress dgn sikap puaka..puaka??? ya...xyah nk kata pnjg lebar, org boleh cakap apa saja..tp HARUS ingat apa pun khbr yg d sampaikan, tiap org tue ada akal utk berfikir..sabar and sabar, bermainlah ngan api..tp jgn bermain ngan kesabaran!!

 
pssstt : orang educated membuat homework terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau arahan.

Wednesday, June 29, 2011

:: Isra' & Mikraj, tahukah anda?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar kita telah meniti ke penghujung bulan Rejab salah satu daripada empat bulan haram, yang sedikit sebanyak terdapat fadhilat yang dijanjikan Allah jika kita melakukan ibadah2 sunat didalamnya. Apa itu bulan haram??

Dalam Al-Quran, firman Allah melalui surah At-Taubah ayat :36, ada menjelaskan mengenai wujudnya 4 bulan haram tersebut iaitu bulan Rejab, Zulkaidah, Zulhijjah dan bulan Muharram dimana terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam bulan2 itu.

Kedatangan 27 Rejab, bersempena ulangtahun kita memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku, telah mengajak diriku untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai kronologi peristiwa tersebut. Jika direnungkan kembali, peristiwa yang berlaku setahun sebelum hijrah itu, banyak meninggalkan pengajaran dan peringatan yang amat bernilai pada diri kita sebagai umat akhir zaman dengan kata lain ianya sebagai salah satu tarbiyah dan panduan dalam menghadapi mehnah dan ranjau kehidupan ini.


RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1.Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah (Penutup Segala Nabi)”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2.Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.”

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang makan riba.”

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang.”

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”



Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah : Ya Muhammad.

Rasul : Labbaika

Allah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasul : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.


4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)


pssssttt : speechless, sgt dalam maksud d sebalik peristiwa isra' mikraj...xlama lagi puasaa..yippie !


Friday, June 17, 2011

:: tazkirah jumaat II ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat, penghulu segala hari..Alhamdulillah kita masih bernafas lagi hari nie kan,, bersyukurlah pada setiap nikmat yang ada..dan jangan mengeluh pada kekurangan coz baik n buruk tue adalah dr Nya..Ujian bt kita..bersabarlah ye.. pagi tadi mcm biasalah lengkapkan hari tgk berita on9..rasa kecewa sgt2 bila baca berita nie..

MAUT SELEPAS DIRAWAT BOMOH WANITA
MARANG: Impian seorang bapa melihat anaknya sembuh selepas menderita hampir empat tahun akibat penyakit misteri tidak kesampaian apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan daripada bomoh wanita dari Thailand, semalam.
Faizul Harun, 26, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menjalani rawatan lebih empat jam bermula jam 7.45 malam kelmarin dengan bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, di rumah wanita berkenaan di Kampung Pulau Rusa, Merchang di sini.

Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas dipaksa minum air dalam jumlah banyak oleh bomoh berkenaan yang mendakwa bertujuan mengeluarkan makhluk halus daripada badan mangsa.

Sumber Harian Metro

Kita sebagai hamba Allah yang beragama Islam wajib percaya pada qada' & qadar yang dh d tentukan buat kita, kesenangan dan kesusahan serta apa yang berlaku dlm kehidupan kita sudah d takdirkan...semua dtgnya dr Allah Taala..tapi kenapa kita suka sgt berharap n minta pertolongan dr insan2 kerdil yang kononnya mampu dan berkuasa membantu / sembuhkan mcm2 penyakit?? Mmg x salah kita berusaha utk mencari jalan penyelesaian / kesembuhan...tp Ingatlah, kita ada Tuhan...Allah yang  satu..dariNya kita dtg, kepadaNya jua kita kembali nnt.. mcm mana usaha pun biarlah pada jalan yang betul, bkn lah dr insan2 yang membaca jampi mantera or yang meminta 'pengeras' sebagai upah..beringatlah wahai anak2 Adam, jauhilah perbuatan syirik, sihir dan khurafat agar Allah tidak murka kepada mu...



" Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu..."


 




Tuesday, June 14, 2011

:: lagi gempa d sumatera - perak, selangor & melaka rasa kesan gegaran ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
TERKINI!! GEMPA BUMI DI SUMATERA UTARA 14 JUN 2011

KUALA LUMPUR 14 Jun - Gegaran kedua Gempa Bumi telah tercetus dan turut dirasai beberapa orang ramai yang menginap dan bekerja di sekitar Lembah Klang sebentar tadi. Beberapa pekerja di beberapa buah bangunan termasuklah bangunan KLCC dan Berita Harian yang merasai gegaran tersebut bergegas turut kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini.

Gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran akibat gempa bumi iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi. Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti merasai gegaran akibat gempa bumi disumatera antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan pusat gempa 330 kilometer barat daya, Klang, Selangor. Sementara itu, menurut beberapa media Indonesia, gempa telah menggegarkan Tarutung, Sumatera Utara. Gempa berpusat di 30 kilometer tenggara Tarutung dan kesan akibat gempa bumi ini dikatakan tidak menyebabkan tsunami.

psstt : sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat...dh byk amaran dr Nya, sedar2lah ye..=.=

Monday, May 9, 2011

:: sayang mama ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


waduhhh..dh jam12.03 tgh malam dh..huhu..maybe i'm the last person yg nk wish mother's day..dont know y, bkn xnk wish awal2..cuma xnak lah time mother's day baru nk wish segala..hurm, x suka itu mcm ohh..kdg rsa menjengkelkan bila tgk ayat2 jiwang 'copy n paste' utk menghargai seorg yang bergelar ibu, mama, mak, umi mahupun mummy..whatever, terpulanglah..citarasa n pendiri manusia tu berlainan kan..apapun tahniah kat anak2 yg wish mother's day kat ibunda tercinta korg..=)

untuk mama yg ku syg, Usinih Beddu..

maaf sbb x wish mother's day, mama lebih arif kalau ank mama ni malu2 kalo hal mcm nie..kui3

maaf sbb x tukar pic prof kat FB bersama mama mcm FB org lain, coz xmahulah pic tu hanya time mother's day..bila lain2 day xda dh pic mcm tu..

maaf sbb xda hadiah special, bkn xnk bagi ma..tapi xnak lah time mother's day baru nk bagi hadiah or else..



mama,

mesti mama dh lena tido sekarang, ampunkan semua kesalahan anak mama ni ye..terima kasih sgt2 sebab dh lahirkan, menjaga n terhasilnya seperti skng..impian mama nk tgk anak mama dpt ijazah pun dh tercapai kan..insyaAllah kalau ada rezeki, pasti dpt kerja yang lbh bagus lagi..

utk mama tersyg, xtahu nak ucapkan apa sbnrnya..xdpt nak luahkan..Allah maha tahu, satu masa Dia akan tunjukkan apa yg tersembunyi d hati ni tnpa perlu berkata-kata. But one thing u should know, I owez LOVE u ma..anak2 mama sygkan mama..

ma, bg anak mama ni..setiap hari adalah hari ibu..hari ku cintai mama, syg mama..also u all yg ku sygi, setiap hari adalah hari penuh kasih sayang! walaupun mama tahu ank mama nie mudah tersentuh hati n sensetif, but no one can b like u ma, only u.



Ya Allah,

lindungilah insan2 yg ku sygi,
ampunkanlah dosa2 mereka,
limpahkan lah rezeki n rahmat Mu,
seseungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Maha Pengampun,
lagi Maha Pengsihani..Amin.


pssstt : today hari yang sgt indah, mgkn berkat hari ibu..kes penipuan akhirnya berpihak kepada ku, Thanks kpd pihak polis terutama Sarjan Kamaruddin yang membantu selesaikan kes nie..syukur Alhamdulillah..nite all =)

Friday, May 6, 2011

:: aku ditipu!! ohh tidak ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Salam Jumaat semua =) how are u today? hehe.. entri kali ni aku nk share satu cite. cite..cite..citeeee..hihi. Alkisahnya berlaku pada aku dlm 1bulan yang lepas..hurmm, sgt menduga betul...tapi nak buat mcm na?? terimalah apa yg berlaku. Mesti korg x tahu, hehe..aku bt bisnes kecik2..on9 busnes jak bha..Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan..tp hampehhh bila d tipu.. PENIPU tu lak sebenarnya memang penipu terbesar..sgt memalukan sbb pempuan, melayu lak tu...gara2 tu my bisnes sedikit terjejas...=( , sebelum korg terkena..berhati2 lah ye..baca memo di bawah

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
Puteri Nur Shareena Daud
maybank
151240024433
cimb
012700113805525
perempuan penipu. Hati2 bila anda menjadi agent dropship pastikan ada maklumat mereka. Perempuan ni akan mengeluarkn iklan untuk mencari agent dropship / partnership untuk memerangkap mangsa.

Dia ni knonnye menjual baju2, jaket from korea, tapi bila duit dah bank in barang custmer xsmpai pon. Sy merupakan mangsa, sy penah jdi agent dia, duit tempahan barang dia dh ambik tp smpai skng barang 1 pun xder. Bila tnya dia xblas2 dah.

Heran aku tgok nama je pmpuan tapi penipu giiler, melayu lak...ada rakan fb yg kene jugak dia tetipu dlm rm350++ tolong jejak die ni.kwan sy ader butir2 dia jugak. Kitorang nak buat repot polis, sape nak tolg buat report.bole jugak, biar report tentang pmpuan xtau malu ni melambak kat balai polis. Die ni ada pelbagai fb dan blog. Hati2 perempuan ni penipu, penipu dan penipu.


No phone ader dua, org xsma tapi maybe die menyamar je tu. Padahal dia la tu.

0197860765
0177044833

nama dia ini sekali lagi sy pamerkan:

Puteri nur shahreena
maybank
151240024433
cimb
012700113805525

sekian terima kasih.

sumber iklan di sini


pssst : inyaAllah esok nak g buat repot d balai polis, semoga d permudahkan semuanya..Amin. Ohhh ye, kalo free tu leh g tgk2 my business on9 kat FaceBook Mutiara Kasih (misskasih66@yahoo.com) kot2 ada yang berkenan d mata..hihi..murah2 je bha..



Tuesday, March 15, 2011

:: fenomena 19 mac 2011, anda wajib tahu!! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Sejujurnya aku tak tahu kemungkinan besar apa yg bakal berlaku pada tarikh 19 mac 2011, aku tahu tarikh tu adalah hr istimewa my hubby..hehe. time aku jln2 d alam maya mencari info2 semasa ttg tsunami, ssuatu aktikal yg menarik perhatian ku iaitu fenomena supermoon yg bakal berlaku pada hari sabtu nie... apa  itu 'fenomena supermoon' a.k.a 'syzygy' atau dlm bahasa melayu 'adi bulan'..aku tertarik untuk berkongsi infoa ngan korg selepas aku membaca informasi yang ditulis oleh mr kulanzsalleh.. 

kedudukan bumi dan bulan


Supermoon 
adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy 
pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

adi bulan
  (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo 13/03/2011)


bila selalunya fenomena ini akan berlaku??
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.


 punca dan kesan fenomena supermoon??
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.


Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon. Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi.


pssstt : apapun ramalan, kita kenalah owez bhati2..smua d tangan Nya, samada benar2 akan berlaku atau tidak..semoga kita semua dilindungi oleh Nya, Amin..



Saturday, March 12, 2011

:: tsunami mengganas di jepun ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

         Alhamdulillah, SYUKUR~SYUKURRR Ya ALLAH... tulah yang hanya mampu aku katakan slps terselamat drp tempias bencana malapetaka TSUNAMI melanda Honshu, Jepun.. Melihat Video dan Berita yang d tag oleh kawan2 n family, berdebar rasa hati..apalagi slps amaran berjaga2 bermula jam6 ptg hingga jam12 tgh malam d perairan Sabah dan Labuan d keluarkan..huhuhu...tepat jam 5.30ptg aku bergegas meninggalkan kerja2 pejabat..angin meniup kencang d pulau ku, ya...aku lihat pemandangan laut d hdpn bangunan pejabat..Ya Allah x dpt ku bygkan kalau air ombak TSUNAMI tu membadai pulauku yg hanya beberapa meter persegi luasnya.. Nauzubillah... Syukurlah, sblm jam12 tgh malam smlm amaran berjaga2 bg perairan Sabah dan Labuan d tarik balik...

MUSIBAH TSUNAMI



HANYA SEKELIP MATA




 



 



 
 VIDEO RAKAMAN TSUNAMI KLIK SINI
 
 BERITA TERKINI MAKLUMAT SEMASA KLIK SINI


pssttt : semua yg berlaku sudah d takdirkan Nya..apapun, sntiasalah beringat wahai sekalian manusia!! semua yg berlaku ada nikmah n petanda yang perlu kita sedar sblm terlambat...takziah kepada mangsa2 Tsunami.