Dimulakan dengan...

Photobucket
Showing posts with label my only 1 my syg. Show all posts
Showing posts with label my only 1 my syg. Show all posts

Friday, February 10, 2012

:: Be Strong!! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tgk, gagah tak meow kat atas tue? hihi..actually situasi eyana skng stress. tp lau boleh eyana xnak stress tu mengganggu emosi serta tumpuan bagi kerja mahu pun peribadi eyana. rasanya mcm dh setahun lebih kot eyana sabar je lalui dugaan ni. entahlah napa 'org tue' suka kaitkan eyana dlm hal peribadi dorg. past is the past ok..& eyana malas dh nak toleh ke belakang ingat or ungkit kisah lampau. adakah 1 kesilapan eyana utk berkawan? well dugaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya kan.. Just now eyana berharap pls lah jgn libatkan eyana lagi dlm hal2 'korg' .. dlu siap inbox2 kat FB eyana, kata mcm2.. last2 eyana gak jd mangsa kena tuduh itu tuduh ini. eyana tak kisah nak cakap apa, cakaplah..Allah lagi maha tahu apa sebenarnya. Kalaulah eyana ada kekuatan utk bersuara, nak je eyana luahkan apa yg terbuku di hati ni. Tp eyana tak mampu. Biarlah mcm ni je, eyana percaya pasti hal ni akan senyap gak. Just eyana still terfikir, for what they tagged & email me ur happiness pictures, video etc.. if sekadar nak share, its ok..eyana tumpang gembira! YA ALLAH, rasa dh puas air mata ni mengalir pasrah melalui semua ni. please, let me out from ur coverage. eyana nak kan ketenangan, kegembiraan bkn permusuhan. Thanks buat insan2 yg eyana sayangi, dh byk bagi sokongan kat eyana. especially dear my Mr, yg owez care of me even we r in long distance relationship. .  i wish u were here!! :'(


pssstt : Salam Jumaat ^^ dont make me cry pls..huhuhu. Semalam dh ambik MC, today nk ambik lagi buleh tak ? ;P

Friday, January 13, 2012

:: kuwek kuwek kuwek ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Salam kawan-kawan, dh tido ke? amboiii ciap dh lengkap peta lg yeee..hihi..
rasa rindu pula nak meleter kat belog malam ni..
bila Mr dh bz ngan keja, eyana mmg xnak ganggu..
bukan takut kene marah, tapi demi kebaikkan Mr gak..
coz Mr bekerja ngan benda elektrik2 nie,
so amatlah bahaya bila mengganggu konsentrasi keja Mr..
lagipun time bekerja Mr pentingkan etika dan disiplin..
sebelum kene marah better jgn carik pasal kan..hihi..
p biase eyana lah kuat merajuk coz "hurmmm, lamanya syg bt keje.."
kueng3...mmg x logik nk merajuk sbb tu kan..
p tu lah namanya ngegeh...hahaha..


kuwek, kuwek, kuwekkk..hihi..
gambar itik ni Mr MMS kan kat eyana bberapa hari yg lepas..
chak!! besar dh itik2 Mr..tp sygnya byk yg dh mati..
so cuma tggal 2 ekor je..
yg lain x selamat sbb masalah banjir dan sbb yg x diketahui..huhuhu..
lagipun Mr baru je bjinak2 menternak itik..
kalo ternak ayam mmg dh expert..hihi..
Alhamdulillah ramai gak yg beli ayam Mr sblm banjir tu..
bila dtg sana dan berada bersama haiwan2 ternakan Mr rasa seronok sgt2..
seronok bila dikerumuni anak2 ayam yg mengejar bila kita bawa makanan..
tgk ayam yg jalan terkedek2..hihi dan itik yg comel2 bila baru nk tumbuh bulu..
mcm ni lah cara Mr mengisi masa lapang die..
kadang balik keje je terus g blkg rmh tgk ternakan die..
so that, eyana sygggg kat Mr!


pssstt : OK! Mr dh sms, so jumpa lagi ye...good nite kawan2..







Thursday, December 22, 2011

= tetiba =

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Xtahu mcm ne nak start..
tetiba rasa sedih..
lumrah ke sbg ppuan mudah bsedih??
Hurm...tonite skit rasa moody with him..
sometimes mmg kta akan berharap..
but then kita akan kata 'xpelah' kan..

However,
He STILL & OWEZ said I LOVE YOU
then make me smile..
mcm mana moody or sedih skali pun..
dia tetap ada..even bkn dekat d mata..
he know how 2 make me smile..
how 2 make me feel better..
he know how 2 teach me, teach me 2 know who I am..everything..
thanks so much syg..
so, that why I LOVE him..


pssttt : lagu a thousand years buat mata ni cpt je b'air, ibarat hujan lebat kat luar.. maaf syg, xsempat minta maaf sblm tido ='(


Wednesday, December 21, 2011

= terima kasih sygku =

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


xleh nk ckp pnjg lebar..
LOVE u  =)
thanks so much..


pssstt : cinta jarak jauh best, yg pnting setia n jujur! InsyaAllah Allah akn jaga hbgn tue..
Alhamdulillah dh masuk 3tahun =) nk fly g cnun!!
cuba teka ring ni size apa??


Saturday, November 19, 2011

:: rindu saat itu ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

selamat pagi semua..
mimpi indah tak malam td?
today is my turn utk restday..
so nk smbung guling2 with my bantal peluk..hehe

i miss him, really2 miss him...=)

Friday, October 28, 2011

:: berdebar + bingung ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat warga belog..
terutama blogku syg..
korg dh potong kuku? sebaiknya potonglah hari Jumaat =)

Since this month, rasa berdebar sgt..
nak tahu x nape? huhu..
mmg benda HAPPY sgt2 tp..
xpelah dh smpai masa i share k..
smpai jumpe lagi..
tahu x? Miss Him So Much!!


psstt : esk bz skitt ade kenduri ^_^



Thursday, July 28, 2011

:: away ~ percutian sebelum Ramadhan ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

only short entri..hikhik..
status : away 28-31July 2011

Alhamdulillah akhirnya termakbul gak hajat nak bercuti sebelum Ramadhan.. =)
so tepat kol 12pm keluar dari yard, balik rumah & kemas2..huhu..1 apapun x packing lagi..
thanks utk bapak dh tlg aturkan urusan passport & pertukaran $$$$..
happy coz dapat rehatkan minda dr bkerja utk bbrapa hari, well syukran gak utk boss KN dh approve my leave..so no more project for a few days..hikhikhik..

Chemong (my meow), Sakura (my kura2) & haiwan peliharaan yg terpelihara secara x sengaja sila jaga diri baik2 tau..jgn nakal2, makanan opcozz akan d sediakan..

For him, gonna miss u so much!! dont worry insyaAllah semuanya akan owkey.. =) take care jugak yee..

Ok2, cukup!! 

psssstt : since away for a few days, autopublish entri sebagai tatapan belog tersayang! Muaaah..  



Thursday, May 5, 2011

:: andai LELAKI tahu ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Andainya sidia tahu.. 

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...   

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...   

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda...   


Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...   

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik...   

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...   

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...   

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..


psssttt : apapun hargailah apa adanya dia, tak guna menyesal bila semuanya sdh berakhir sbb keegoan anda..






Saturday, March 19, 2011

:: istimewa buatmu syg ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Today 19mac2011, bersamaan ngan hari sabtu...aku tak terfikir apa2 yg menarik untuk hari ni cuma sikitt perkara iaitu Fenomena Supermoon dan Hari Ulang Tahun Kelahiran jejaka yang telah berjaya curik my HEART selama hampir 3tahun nie..muahahaha! U so lucky darling...ahahaha..

So entri hari ni just 4my [L][O][V][E][R]..muahaha, jangan jelesssss!! hikhikhik..

SEMPENA UR BESTDAY, ME NK WISH...

Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki

dikuatkan iman dan jangan lupa padaNya

sentiasa berbakti pada orang tua dan family

diberkati dalam apa yang diusahakan dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak..Amin

hehe...jgn lupa belanja arr, hehe..me owez waiting 4 u syg! semoga hubungan kita direstuiNya dan kekal hingga akhir hayat..InsyaAllah..Amin..


Pssstttt : camtok lah kehidupan cinta jarak jauh, x setiap waktu nak berkepit n buat tayangan umum..hoho.. but aku suka hubungan mcm ni, jarak bukan halangan untuk sesebuah hubungan. Apa yang penting mcm na kita nak pertahankan perhubungan 2..kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan mmg sgt2 penting..apapun jangan lupa untuk berdoa padaNya. Menjaga hubungan kita ngan Allah, Allah pasti akan menjaga perhubungan kita gak samada hubungan kekasih, keluarga n kawan2..insyaAllah. Alhamdulillah we still loving each other until now...yippie..hehe..


Saturday, February 26, 2011

[ Ohhh Cinta ]

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
 
 
Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta.

Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai, ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sejauh mana kita mencintai adalah terserah kepada kita untuk menentukannya. Tetapi pada amnya cara untuk mencintai itu ada empat cara.


Pertama, Mencintai Sebab/Kerana: Cinta ini menekankan mengapa seseorang itu mencintai seseorang. "Saya cinta padamu sebab kau baik; Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayu; Saya cinta kepadamu sebab kau canitk." Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada "sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada.
 
Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada. Cuba kita lihat diri kita sendiri, bukankan kita sering mencintai seperti ini? Sedarkan kita bahawa mencintai cara ini adalah tidak baik? Kerana cinta jenis ini meletakkan syarat mengapa ia mencintai. Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang iklas, murni dan sempurna.


Kedua, Mencintai Kalau: Cinta jenis ini mengutamakan apa yang saya dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri. Orang yang mengamalkan cinta jenis ini memang tamak sekali.

Kalau syarat itu tidak diikut maka cintanya tidak ada. "Bah! Kalau kau benar-benar cinta padamu, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu." Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta. Marilah kita tanya pada diri sendiri. Adakah kita selalu mencintai cari ini. Kalau jawapannya ialah YA, maka kita harus keluar daripada kebiasaan mencintai cara ini. Kerana cinta jenis ini tidak baik. Jestru itu, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri.


Ketiga, Mencintai Terpaksa: Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan. "Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa mengikut kehendaknya kerana dia adalah boss saya; Saya terpaksa bersikap baik kepadanya kerana dia seorang YB." Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak iklas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna. Mari kita bertanya kepada diri sendiri, Bukankah kita sering juga mengamalkan cinta cara ini? Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan iklas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apaapa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.


Keempat, Mencintai Walaupun/Meskipun: Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam hal mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah iklas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan.
Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi. " Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamu meskipun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu. Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu." Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari. Marila kita berusaha agar kita sentiasa dapat mencintai seperti ini kepada sesama dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan yang Maha Esa.

Dari ketiga-tiga jenis cinta yang disebutkan tadi, marilah tanya diri kita masing-masing dimanakah kedudukan kita. Dimanakah kecenderungan hati kita? Dimanakah letaknya cinta kita kepada sesama manusia dan kepada Tuhan yang Maha Esa. Apakah kita sering sekali mencintai berdasarkan kepada "Sebab atau Kalau atau Walaupun." Jawapannya terletak ditangan kita sendiri. Sekiranya, kita terlalu mengamalkan cinta jenis "sebab dan kalau" maka, kita harus berusaha dengan gigih untuk memperjuangkan cinta "Walaupun" agar ianya menjadi amalan kita setiap hari. asih Kita perlu berusaha dan memperjuangakan cinta yang murni dan suci ini. Semoga kita tidak mudah berputus asa didalam memperjuangkan cinta ini. Saudara dan saudari, marilah menjauhkan cinta yang bersyarat iaitu cinta jenis"Sebab dan Kalau." 
 




p/s = cinta pd manusia & kebendaan xkan kekal, cinta pd Allah akn bterusan..well, if kita menjaga hbgn cinta kita ngan Allah...pastinya Allah akn menjaga hbgn cinta kita bsm yg tersayang..InsyaAllah 



Friday, January 28, 2011

:: doa insan berkasih ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sepatutnya this page is entri 4 yesterday, p memandangkan my internet prob skit so aku post this page this morning during my breakfast..nyum3, nie we share ssuatu yg bermanfaat..InsyaAllah. Bagi pasangan yang berkasih, hayatilah doa nie ye with ur lover..


BUKAN HNY UNTUK KEKASIH HATI, TP UMUM UNTUK KITA SESAMA UMAT

p/s : doa kat bwh nie aku dr sumber yg xkenal pasti, semoga Allah merahmatinya n para malaikat mengaminkan doa kita...


"..Bismillahirahmanirahim...
Ya allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu, Kau kembalikan lah semula cahaya dalam hidupku, Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami. Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya Allah. Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk rujuk dan bersama semula. Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau tunaikan lah segala apa yang kupinta. Jadikanlah cita-cita ku menjadi kenyataan. Engkau kurniakan lah kami semua penolongMu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan Mu yang benar. Kurniakan lah kepada ku lidah yang fasih lagi lancar untuk melafazkan akad nikah semasa menerima dia sebagai isteri ku dan teman hidupku selamanya. Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin Ya Rabbal Alamin..."

- Eyana ^_^ Lan -

 

Friday, April 16, 2010

FinaL eXam..aLL tHe Best yEr.. =)

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


assalamualaikum wbt..

dear diary..
sorry aku dh sikit mengabaikan mu..huhu...
i'm in exam mood now..




well diary, tentu faham..
hehe..
coz aku dh nak exam jap lg..
final exam taw..
so kene study..
InsyaAllah exam terakhir aku kat menara gading nie,
yg akan melayakkan aku mendapatkan segulung ijazah..Amin

Ya ALLAH, bantu lah aku..
tenangkan hatiku..
tenangkan fikiranku..
agar ku dapat laluinya dgn keberkatan dr Mu..
permudahkanlah segala urusanku ya Allah..

dear my parents thanks atas sokongan
n bantuan selama nie

dear my frenz, thanks gak kita dh usaha bersama..
wish u all luck yer..

dear my syg..my heart..
also thanks a lot..
coz sentiasa mberi dorongan n
make me happy 2k x terlalu tension..ehehe

untuk korang yg exam gak..
kita sama2 berjuang yer..
jgn meniru taw..hehe
biarlah kejayaan atas berkat usaha sendiri..
all the best..




lastly..dear my diary my blog..
sorry coz x jenguk nnt ekk..
jangan merajuk taw..hehe
exam aku dlm 2 weeks jer..
InsyaAllah ade masa n kesempatan kita jumpa yer..


k lah, sambung study..
fokusss..fokusss..fokusss...
apepun,
usaha + doa + tawakal
insyaAllah..kita akn berjaya
^_^



jumpa lagi..assalamualaikum..~_*




Friday, April 9, 2010

Memori seMalam bersaMa peSanan daRi keKasih...

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


assalamualaikum wbt..
dear diary,

pagi ni cuaca mendung..sejuk..
peliknye,..
biase kalau cuaca mcm ni aku akn terus lena d buai mimpi.
namun, ku kuatkan hati...

mcm biase, d awal pg..
aku pasti akn ter'recall story2 aku pd detik2 yg lepas..
ermmm...dua hari aku stay kat rumah..
no classes, so stay home jer..
mcm biase, tugasan rutin seorg wanita..
then....hurmmm....
morning hny ada aku, mum, my cats n wawa..
(budak my mum aku jaga)
tengok tv..mamam sikit2, pastu..
stay kat bilik, solat...n miss him!!



"....Ya Allah, terlalu dalam rasa rinduku pd nya..
semoga rinduku x membawa kepada kemurkaan Mu,
kawallah rasa hati ini...
agar ku x merinduinya melebihi rinduku padaMu..."



--------> petang tu, aku luangkan masa tgk cite fav aku..


Cahaya, sblm ni aku suke gak layan cite2 die..
Liontin tv3, Intan, Sekar..
yerlah..yg kat Astro Prima jam3 tu..
ermmm...aku teringat kat kisah2 sblm ni bila dgr lagu tema citer tu..
kisah aku ngan kawan2, terutama 1 kelab Keno time sem 2..
ingat lagi time berkayak ke Pulau Papan..
berdebar2 melihat luasnya laut yg terbentang indah..
ku bygkan makhluk akuatik yg mungkin sedang memerhatikan aku dr dasar laut.
Allah jer tahu mcm ner rasa aku, dgn x reti berenangnye..
kalau lah aku terjatuh ke dalam laut.....


pasti takkan ku lupakan saat2 indah nie ~_~
kan best lau teserempak ngan ikan lumba2 ke..duyung ke..hehe


entah lah, bila dengar je lagu Letto..
memori yg pertama terlintas adalah zaman Keno aku..
teringin gak aku nak merasa semula saat2 tu..
mmg sengsara..terminum air laut, kulit gelap n rosak..huhu..
time latihan, xleh cengeng!! lau x, siapkan kene #%*&@#
apepun, sangat best...kat sni aku kenal Ina, Liza..n indahnya Laut..
kat sni gak mengeratkan kembali hbgn aku bersama kwn tsyg Linda n Jue.

but now, lagu ni...khas 2k
my family, frenz n my only 1...sygku

---------------------------------------------------------

Sebelum Cahaya _ Letto
 
Ku teringat hati,
Yang bertabur mimpi,
Kemana kau pergi, cinta
Perjalanan sunyi,
Yang kau tempuh sendiri,
Kuatkanlah hati, cinta

[Chorus:]
Ingatkan engkau kepada,
Embun pagi bersahaja,
Yang menemani mu,
Sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada,
Angin yang berhembus mesra,
Yang 'kan membelai mu, cinta

Kekuatan, hati,
Yang berpegang, janji,
Genggamlah tangan ku,
cinta
Ku tak akan pergi,
Meninggalkan mu sendiri,
Temani hati mu
cinta

----------------------------------------------


malam pula aku layan cite fav aku kat TV3..
cite Asmaradana lah....geram nye tgk cite ni just 30min
pastu intai2 skit cite hantu kat TV2...Shiver...huhu..

ehem..ehem..ehem...
pe pun d bt..jgn pernah lupa yg penting dlu k
my syg sering ingatkan aku...THANKS Syg..
pesan yg selalu die ingatkan..


"..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..jgn pernah berputus asa.
Apepun, jgn sesekali tgglkan solat 5 waktu, 
sentiasa menutup aurat,
berpuasa, byk bersabar, lebih baik berdiam dr mengumpat org, 
merapatkan siraturahim sesama Islam,
saudara mara N keluarga..
Yg penting 
sentiasa berusaha untuk mencapai impian kita..
berdoa then tawakal
InsyaAllah dia akan makbulkan..Amin.."



Alhamdulillah, terima kasih syg..
pesanan darimu sama spt pesanan dr org tuaku..
pesanan dr Nabi bt hambanya...
N pesan Allah Taala kpd hambaNya..






Monday, April 5, 2010

....nO$taLg!a N!tE.....

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


morning n assalamualaikum semua..
dh 2 hari kita x jumpe,
well rindu with my blog 
< tp x sehebat rindu i kat my syg lah..hehe >
sorry lah ek, bt masa ni kat kampus jer sumber internet aku..
so during weekend, aku simpan diary dlm hati jer dlu..hehe

hari ni aku nak share ttg special event beberapa hari n jam yg lepas,
red carpet bha..hehehe..
owkey, lets start the story..

" 03 APRIL 2010 "

tarikh ni adalah tarikh yg istimewa bt student 3rd year SPKAL..
majlis malam perpisahan tahun 3..huhuhu..cedeh dahhhh..
sempena majlis ni, ktorg ikhlas hati melaburkan $$$$$ 2k join this event,
mula2, mmg xnak g...tp bila fikir2 semula, lets go lah frenz..hehe
sape tahu, maybe ni kali terakhir kita berkumpul bersama sblm menamatkan pengajian kat menara gading ni <mmg menara sungguh...menara 13 tingkat ni jer tempat hala tujuan..hehe>

hem..hemm..hemmm...
berbalik pd cerita...topik utama???


......NOSTALGIA NITE......
tu lah tema pilihan 2k tahun ni ~_~

-----------------------------> b4 the day 

sebelum tiba tanggal 3 / 04 tu..
ramai lah aku tgk muka2 budak SPKAL kat bandar..
pe lagi, g shopping baju2 lah..hehe..
aku pun ader gak..p window shopping jer..aku x tahu nk pilih ape dgn tema sesuai mlm tu..
last2...call yg aunty...help me!!!!....

-----------------------> during that date

tiba lah hari Sabtu, bersamaan 3 April 2010..hehe
pagi tu aku seje lewat bgun skit...
rase bdebar pun ade, konfius...yer lah, lau bab dinner2 mcm ni aku x reti sgt..
lau kenduri biasa2 tu..leh lah, pakai bju kurung je dh nmpak sweet kan..hehe
tp lau event2 mcm ni, aku kena berimaginasi sket...ala2 princess lak ye..hahaha


siang hari tu, korg tahu..aku makan mee sedap jer..huhu..
kononnye nak mkn kenyang2 lah mlm nnt..hehe..
siap makan, kemas2...then solat...ape2 pun solat jgn tggl yer..
hampir2 nk jam 5 ptg, aku msj lah kwn aku..dorg dh gerak g Tiara Hotel..
tempat event ktorg tu lah...hehe..
time tu, aku langsung x siap lg..huhu..program start jam 7 malam.

------> makeOver t!me <------

sempena hari tu, aku bt temujanji with my aunty..hehe
well, makeOver time lah...yerlah, aku x reti bab makeup2 ni..
nnt jd badut lak d malam yg grand tu..hahaha..
mmg nostalgia lah lau jd mcm tu..wawawawa

...so bermula lah...

terkelip2 mata aku..
touch up sane sini, hemmmm...
ni leh d katakan kali ke 3 aku d solek yg se'real2 make up,
mmg lah aku pakai gak, tp xlah mcm ni...touch up skit2 jer..
aku x pndai makeup2 ler...be natural lah konon..hehehe

dah siap........makeup N dress..
my dress not ala2 princess laaa...hehehe..
bg aku, ok lah kot ngan tema nostalgia mlm tu..agak2 jer lah ye..




dengan sentuhan klasik n anggun..hahaha..
terima kasih to my aunty coz membantu aku dlm makeover part..hahaha..
oh yer..iklan sket, my aunty ni..kira juru solek gak lah..
bnyk gak dpt jemputan 2k solek pengantin n majlis2 casual..
lau nak minta khidmat solekan die..leh ler..leave ur msj here k..hehe..
about the $$$$$, dont worry...leh runding...k, dah2...

malu lak nk tgk my face pas d touch up...
nk tgk ekk? hermmmmm....tgk kejap jer taw.

.
taraaaaaaaaaaaaa!!!!!



now aku dh kat red carpet...hehe..
bersama hiasan bunga gerbang yg nice sgt..
i love flowers..keindahan semula jadi bha..hehe..
x lupe, thanks to my parents yg g hntr aku ke Tiara Hotel..

---------- d!nner start!ng ----------

mcm ni lah suasana hari raya..haha..
not lah...mlm dinner tu lah..mcm2 gaya ader..
mlm tu mmg semua happy..our nite katakan..
tp xsemua student 3rd year yg dtg..dorg bz kot..huhu..
lecturer n staff ramai gak yg dtg..thanks ye..


penuh ballroom mlm tu..
ngan sinaran lampu yg klasik..mmg unik n nostalgia


ramai kan??..ni aku ambik gambar time duduk..
segan aku nk berdiri..hehe..
biaselah..pemalu katakan..wawawawa


tuuuu..yg kat pentas lah..
Dekan ktorng tgh beri ucapan..Dr. Rosita Chong..die ajar aku skali jer..
kelas Mikroekonomi time sem1..apepun, thanks Dr...





tiba lah masa yg d nanti....pe ekk??
ambik gambar lah...hahaha...x habis2 ambik gambar..


 memory lah katakan..
nie best frenz aku..thanks ekk..kita sama2 hadiri majlis nie
azie-ikin-jaa-linda


kami duk 1 meja taw...frenz 4 eva lah katakan..
ehhhh, betul lah..mane2 jer kami pergi..we together..
org kata x complete lau kami x bsame dlm sesuatu majlis or program..
lain lah hal2 peribadi..ade pelik skit kot..hehe

d malam yg indah bsama kwn2 ku, aku happy..cedeh pun ader..
pas exam nnt..korg terbanglah tinggalkan aku kat pulau ni..huhuhu..

lets me introduce u all...

ni kawan sy bernama Haslinda Md Dawam, die asal dr Johor.
aku kenal die sejak minggu akhir MSM d UMSKK..hari last2 br die dtg..ehehe..
perkenalan kami x berakhir d hari n d dewan censelor tu jer..
alhamdulillah, sampai sekarang kami msh bersahabat baik..
die paling suka tgk kereta hidung kembang..nak meroyan jer x..
die kata, xdpt keta tu pun xper..coz die dh dpt yg berhidung kembang..
hehe..
hermmm...korg nk tahu..pada tarikh yg sama adalah b!rthday die taw..
tahun lepas pun mcm tu, time ktorg wat majlis 2k our senior..birthday die gak..
so my dearest bestfrenz, Happy BirthdaY ke 23 tahun...dh tua dh..tp awet muda lagi bha..
coz die suka mkn tempe..hahaha..oppppss, jgn mrh linda....yana doakan linda sentiasa happy, sihat, bahagia bersama family n insan tersyg..then, semoga impian linda termakbul..Amin...ingat ye company n project yg kita nk bt tu..hehehe..



ni pula kawan aku from Terengganu..tmpt penyu bertelur..hehe
nama die Nor Azira Ismail, pggil die Zie jer..aku kenal die time mggu MSM gak..
time tu aku ngan die 1 group tp time tu kami x kenal rapat lagi..
hemm..die kata dulu time kami 1 group, aku muka polos..huhuhu...ciannye..
well, Allah pnjgkan phbgan kami...Alhamdulillah..
tiba kat kampus KAL, kami duk 1 bilik..kat Beta7..
kami x dduk berdua jer..ade lg sorg tu...ermm, xyah lah crita..nnt mengaibkan org lak..
kami suka masak2..die lah rajin masak, aku makan jer..hahaha..
lau die balik ganu, byk die bawa kropok...sayang taw kat kwn aku nie..
die ni....suke doreamon...hahaha..kami jer tahu..



haaaa...kawan sy ni pula namanya Nor Ashikin Samsuri...Org Perak taw...
die nie...leh d katakan unik hehehe..
mula2 kenal die, kami x rapat...die byk cakap...cakap tu, cakap ni..hahahaha..
aku kenal die dr Azira, coz roomate die time MSM.
sem 1 die dtg...hemmmm, slim taw..jelita lah org kata..
dh duk kat pulau ni, mmg die membesar  kat sini...selera die mmg kena..
cuma x kena pada 'budu' nnt seksi bibir die..hehehehe..cian time sem 2, bengkak bibir die mcm Anita Sarawak.
kawan aku ni suka bt koleksi buku2..tp bukan sembarangan buku taw..hotzzz gitu..
xleh baca sembarangan..cannot read without permission..hehe
mmg aku suka lah baca buku2 die..mantap!
bkn buku die ajer taw...ngan die2 lah aku suka kwn..ala-ala-ala...comey nyeeeeeeee



hah!! ni sorg lagi asal dr Terengganu..hehehe..
die mmg kawan aku lau bab gelak2..manyak idea die keluar...
imaginasi menjadi2..
opssss.....sblm terlupe, nama die Hasmiza Azihah Hasim..
korg jgn bt kesalahan d jln raya, nnt kena saman leh bapak die...hehe.
tentang kwn aku nie..die suka mkn2..n download2..
nak citer, lagu, picture...minta kat die...nota pun mintak lah kat die..
aku kenal die pun dr Azira, kwn die 1 sekolah time menengah..
sem 1, die jiran aku..die duk rmh tgkat atas..p mkn same2...
die suka bt lempeng...penah aku duk study kat rmh die...nk smpai siang kami mkn jer..
ader jer lah die duk hidang 2k aku..yg penting ade makan..hahahaha
mmg seronok kawan ngan die...nmpk mmg pndiam, mcm aku..huhuhu....
tp bila dh kenal, lue sendiri maw ingat..hehe



               apepun,
                    ..kami happy bersama..
                              ...kami sedih bersama...
                                         suka duka kami lalui bersama 
                                     sahabat dunia akhirat..InsyaAllah, Amin

---------------------------------------------

jommmmm....tgk2 gambar lagi...hehehe....



wahai air mangkuk..berbunga teratai..
tunjukkan lah wajah kesygn hamba..
rindu kat my syg..hehehe


b4 mkn time...gmbr2 lagi..hehehe


patik berdua mmg suka bergurau senda..hahaha 
aikk..dayang kat belakang tu...interprame ekk!


ehhh..dh lerr gambar2 klasik, kelabu2 dh mata aku..
tema Nostalgia, gambar pun ala-ala klasik gak ekkk..heehee..
kembalikan warna-warniku....hahaha
jommm...tgk gambar lagiiiiii........


makan2 time..dorg hidang daging kambing..huhu..


makan2 skit..gambar lagi..bila nk habis makan weiii....


with my bestfrenz


posing skett...amboiiii...
zie, linda n me


ikin - me - ina


ewahhhh..hehe...suka tul aku ekk...
udah2 lah yer....hehehe...xleh tgk byk2...

---------------------------> end of the n!te

mcm2 prgrm mlm tu..
ade cabutan bertuah, Queen N king Of The Nite....
award 2k lecturer...n many more..
tp aku x stay lame2..
yerlah..b4 12am, princess kena balik..hehehe..
apepun, mmg kenangan terindah bt kami..
semua keindahan dlm persahabatan kita xkan berakhir d sni, 
InsyaALLAH akan kekal terpahat d sanubari..Amin...


merenung masa depan..
whats will b happen soon??
just wait N see..

-----------------------------------------------------------------

at 10.35pm, my parents dtg ambek..
so end of the nite...i'm happy
p, aku rse bsalah skit coz g majlis tu tnp pengetahuan my heart..
balik rmh, aku mandi2 n solat...smile N tido..
hemmm, last nite...talk 2 my syg..minta maaf sgt...
sorry syg n thanks coz forgive me...i love u so much !!