Dimulakan dengan...

Photobucket
Showing posts with label dari kawan2. Show all posts
Showing posts with label dari kawan2. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

:: comelnyee!! PM bersama moew moew ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Ding Dong!!!
Selamat Pagiiiiii Dunia...
semalam pas layan movie cina tv3, eyana on9 jap..
eyana jumpa pics ni kat FB Cik Ayuku..



comel kan?? ada bberapa ekor lagi dalam bakul tu..
bahagianyeee meow2 tu jd sebahagian dr family PM..betuah ko meow!
Chemong pun apa kurangnya, mcm meow2 korang gak..
eyana sayanggggg kucing2 eyana...
spt semua org yg sygi binatang peliharaan mereka..
jgn jadi manusia yg kejam taw!!
binatang pun ada perasaan, peace no war...muahaha =P

psttt : Chemong sgt memahami, last nite dia tido kat lantai coz sy selsema.. ahhhh chuuuuu!! 




Thursday, January 5, 2012

:: tagging !! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Selamat pagi kawan-kawan...dh berus gigi?? hikhik..
pagi ni eyana nk tunaikan entri yg telah di tag oleh Cik Ana semalam...
Thanks Cik Ana, ni pun 1st time akak di tag & sertai entri berangkai mcm nie..kalo tak memenuhi rules tu bebanyak mintak maaf ek =) alMaklum 1st TIME =P


The Rules:


1 . you must post this rules in your entry.
2 . each person must post about themselves in their jurnal.
3 . answer the question than tagger set for you in their post. And create eleven new questions for new people you tagged to answer.
4 . you have to choose eleven people to tag link them on the post.
5 . go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6 . NO TAG BACK !
7 . no stuff in tagging section ''YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS''.
8 . " YOU ARE LEGITIMATELY'' -a.k.a REALY , TRUST , WITH ALL HONEST- have tag eleven people.


Honestly, 11 things about me :

1. Tahun 2012 Eyana bakal masuk 25tahun, insyaAllah.
2. Dah berpunya tapi belum kawen..hihi..
3. Anak sulung dr 4 bersaudara
4. Suka jalan-jalan a.k.a melancong
5. Family adalah yg utama bg Eyana
6. Sgt setia pada Mr Right
7. Cepat sensetif dan mudah mengalirkan air mata ='(
8. Suka berkawan dan mencuba benda baru ( x semua benda pun..hikhik)
9. Problem masalah penghadam! huhu..mudah sakit perut
10. Semakin menyintai binatang, terutama meow...Chemong!
11. Gemar kumpul benda comeyyy-loteyyy =P



11 Soalan daripada Cik Ana :

1. Merokok ke tidak ?
: dh tentu tidak sbb bibir Eyana seksi! haha

2. Kat rumah boring boring buat ape ?
: kacau Chemong then tido..

3. Suka hang out ke tidak ?
:  suka gak bila bersama family & kawan2 untuk tujuan tertentu tertakluk pada terma & syarat

4. Suka cari gadoh ke tidak ?
: pernah cari, tapi x jumpa pun gadoh tu...

5. Selalu tak melawan cakap ibu ayah ?
: tidak melawan, cuma menegakkan kebenaran je..

6. Pandai masak tak ?
: bulehlah, atleast bakal mak mertua x hampehh..

7. Paham tak kalau org tu cakap arab ?
: sikit2, sbb dlu pnh blajar kat skolah arabb..

8. Banyak sangat aih kena tag 11 orang 
: betul2, nk tag 3 org pun ssh nk fikir..

9. Teror cakap english tak ?
: tak teror, berkelut lidah =P

10. Selalu puasa penuh tak ?
: dh besar ni taklah, period maaa..

11. Dah beli limau untuk raya cina nie ? haha
: bukan utk raya cina pun mmg beli limau sbb senang berak..oittt!


11 soalan hangin Eyana :

1. Dalam sehari berapa kali korek hidung?
2. Org marah kamu, kamu marah semula tak?
3. Penah tak kentut kat kawasan awam yg ramai orang?
4. Makanan yg kerap kamu makan dalam seminggu?
5. Benda pertama kamu ingat bila bangun tido?
6. Sejak umur berapa tahun kamu cuci pakaian kamu sendiri?
7. Perkara terakhir yg kamu lakukan sebelum tidur?
8. Bangun pagi tadi sapa yg kejutkan?
9. Pernah tak kamu hangin ngan kawan baik kamu? Sebab?
10. Orang tiru gaya kamu, kamu rasa ape?
11. Adakah anda hangin dgn soalan di atas? hikhik

Top 11 finalis berjaya di tag :



psssstt : Alkisah bila xramai kawan belog, feningg nk tagggg org..huhu..sila abaikan jika tertanggu emosi & kehidupan anda..hikhik..=)

Friday, November 18, 2011

:: warna warni duniawi ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
















hargailah deria penglihatan yg dianugerahkan dr Nya
betapa indahnya bila melihat kebahagiaan bwarna warni =)
Syukur Alhamdulillah..
jgn rosakn pandangan anda melihat keburukkan..
kerana keburukan itu akan memakan diri anda kelak..
Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari..

pssstt : yippe dh masuk hari Jumaat, ku tersenyum lebar dh ^____^


Thursday, November 17, 2011

:: patutkah kawen awal ?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

sumber : copy & paste from LeYs Slamber II

Wednesday, June 8, 2011

:: muhasabah cinta (lirik + lagu) edcoustic ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Lirik Muhasabah Cinta – Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu


Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu


Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu


untuk dengar lagu klik sini yerr

pssssttt : tiba2 rasa jatuh cinta ngan lagu nie, td g buat kunjungan balas kat rakan blog...die punya lagu best, terus taip kat google carik lagu tu.. mmg menepati mood hati n naluri..wahwah, hehe.. hurmm nak rasa sedih pun ada gak jadinya ='( rinduuuu...

Thursday, March 17, 2011

:: anda mungkin tidak tahu (part 1) ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wuzzup!!! hari ni aku rajin membaca memandangkan aku xda mood nak bercakap atas sbb tekak ku yg cakitt..hehe, mmg pun aku rajin membaca muahaha. Tgh2 seronok membaca aku jumpa info2 yg mangkin korg x tahu dan honestly aku pun x pnh tahu sbnrnya..hihi..tahu sikit2 jelah ikut logik, p yang hakikatnya msh 50-50. apapun dgn perkongsian ilmu macam nie, mungkin kita boleh tingkatkan confident bahawa kita TAHU...jommmm, ketahui.. 
 

1. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

2. Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

3. Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
 
WOW!!! semut bina badan..hikhik
4. Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

daun marijuana korg proses jd kertas yee..

5. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

6. Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

panjangnyooo lidah

7. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

8. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
 
9. Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

serammm nye mata merah..huhu
10.  Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

11. Unta mempunyai 3 kelopak mata.
 
12. Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

nyam3..sedap! tp bahaya pd anjing..kucing lak??
13. Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
 
14. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

15. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

ntah sisik ikan apa lah ekk dlm lipstik??
16. Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

17. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

18. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
 
19. Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
 
20. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

rasanya tok Raja Saudi, lak mek nanyak Pak Google


pssssttt : stakat ni dlu ye, nnt kita study lagi kenali info2 menarik dunia d n3 akan dtg...dh baca 2, sharelah kat kwn2. leh bt kuiz gak..hahax

Tuesday, March 15, 2011

:: fenomena 19 mac 2011, anda wajib tahu!! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Sejujurnya aku tak tahu kemungkinan besar apa yg bakal berlaku pada tarikh 19 mac 2011, aku tahu tarikh tu adalah hr istimewa my hubby..hehe. time aku jln2 d alam maya mencari info2 semasa ttg tsunami, ssuatu aktikal yg menarik perhatian ku iaitu fenomena supermoon yg bakal berlaku pada hari sabtu nie... apa  itu 'fenomena supermoon' a.k.a 'syzygy' atau dlm bahasa melayu 'adi bulan'..aku tertarik untuk berkongsi infoa ngan korg selepas aku membaca informasi yang ditulis oleh mr kulanzsalleh.. 

kedudukan bumi dan bulan


Supermoon 
adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy 
pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

adi bulan
  (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo 13/03/2011)


bila selalunya fenomena ini akan berlaku??
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.


 punca dan kesan fenomena supermoon??
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.


Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon. Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi.


pssstt : apapun ramalan, kita kenalah owez bhati2..smua d tangan Nya, samada benar2 akan berlaku atau tidak..semoga kita semua dilindungi oleh Nya, Amin..



Thursday, March 10, 2011

:: adat ♥ sarawakian : merasi + ngangin + bertekul + mareya ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
wowwww!!! talk about KAWEN mcm2 yg trbyg ye..mulalh ada yg tsengeh, malu2, nk kira2 budget, fikirkan tema pelamin, jenis2 hntaran, cincin bling3 n mcm2lah kan...lantaklah korg nk fikir ape..korg punye suka..hehe. Ntah pagi ni angin ape ntah aku view2 gmbr kawen..haha, so 4 this n3 aku nk share ttg adat kat cnun, sarawak bumi kenyalang ^^ 
Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumi adat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.

Sebelum Perkahwinan :
1. Merasi

Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.

** Skrg ni, adat ni tidak diamalkan lagi. Mungkin masih diamalkan tetapi, peratusannya sangat kecil.

2. Ngangin

Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.

3. Bertekul (Merisik)

Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang ATAU barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya). Ini bermakna keluarga pihak lelaki mempunyai pilihan samada hendak memberi wang atau cincin kepada si gadis.

4. Mereya ( Bertunang )

Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Mungkin bagi orang semenanjung, cincin itu mesti mempunyai berlian / batu. Tapi, bagi masyarakat melayu sarawak, ianya bukan satu kemestian. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang / langkah dulang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, hantaran hanya dibuat sekali sahaja iaitu di masa hari pertunangan. Tidak seperti di semenanjung, terdapat negeri yang mengadakan dua kali hantaran iaitu pada hari pertunangan, dan pada hari pernikahan.

Sumber ini aku dapat daripada orang-orang tua yang lebih berpengalaman. Aku merungkai persoalan tentang adat pertunangan di sini kerana aku baru tahu dan terdedah dengan adat meminang di semenanjung. Sangat berbeza. Kalau adat melayu semenanjung, ada cincin risik dan cincin tunang. Dan syarat cincin tunang, mesti ada batu. Kemudian hantaran ada dua kali. Iaitu masa pertunangan dan pernikahan.

Adat melayu sarawak pula agak ringkas, ada cincin tunang dan terpulang kepada individu samada nak cincin ada batu atau cincin belah rotan sahaja. Kemudian hantaran hanya sekali sahaja, iaitu masa hari pertunangan.
 


bestkan tgk...so sweet!! aik, lum hbs lagi nie..n3 ni baru sampai btunang jer, wait for part2 lak ok..hehe.. dear sarawakian, r u follow this adat resam?? hehe.. me dont know lah..hny utk perkongsian bersama..tuk my frenz yg dh berjaya melepasi garisan d risik n bertunang, tahniah...cpt2 lah kawen ekk...yg still single, insyaAllah waktu mu akan tiba juak..


pssstt = mun ada yg silap2, lets me know ok ^^ tq. me nk cincin cgek! haha... 



 

Wednesday, March 9, 2011

:: Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
JOMmmmm sama2 memeriahkan..hehe^^ support each other maaa...



cOntEst !!! klik sini

Bermula : 3/3/2011 jam 12.01 am
Berakhir : 11/3/2011 jam 11.59 pm


Syarat- Syaratnya

1. Wajib follow blog ini EYANA punye bloG serta blog utama PENGANJUR di shaizhar (kepada follower's baru) ~ Okie2 aku dh letak ! 


2. Entry bertajuk -) Lucky Follower's & Jom Joint My Blog List ~ Yupz, tajuk pun dah betul !


3. Letak banner di side bar dan atas entry *wajib berserta link terus ke entry ini ~ Link kat bwh banner ek!


4. Tinggalkan penyertaan id follower dan url untuk entry contest tersebut di ruangan komen ~ Hehe dah!


 5. Nak tag boleh, tak nak pun tak apa ~ aku give CIK SYAZA + Mr MENITI SENJA + LIANGMOI YUKI

   
Aku follow2 jak ni sbb dapat juak memeriahkan bloglist yang sedia ada dengan kehadiran entry-entry terbaru setiap hari. then juga dapat 'mempromosikan' blog aku kepada blogger2 lain dan memanjangkan persahabatan di alam maya ini..ok lah 2 kan?? hehe
Psssstttt : kepada yang di tag harap korang sudi memeriahkan..