Dimulakan dengan...

Photobucket

Thursday, March 10, 2011

:: adat ♥ sarawakian : merasi + ngangin + bertekul + mareya ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
wowwww!!! talk about KAWEN mcm2 yg trbyg ye..mulalh ada yg tsengeh, malu2, nk kira2 budget, fikirkan tema pelamin, jenis2 hntaran, cincin bling3 n mcm2lah kan...lantaklah korg nk fikir ape..korg punye suka..hehe. Ntah pagi ni angin ape ntah aku view2 gmbr kawen..haha, so 4 this n3 aku nk share ttg adat kat cnun, sarawak bumi kenyalang ^^ 
Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumi adat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.

Sebelum Perkahwinan :
1. Merasi

Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.

** Skrg ni, adat ni tidak diamalkan lagi. Mungkin masih diamalkan tetapi, peratusannya sangat kecil.

2. Ngangin

Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.

3. Bertekul (Merisik)

Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang ATAU barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya). Ini bermakna keluarga pihak lelaki mempunyai pilihan samada hendak memberi wang atau cincin kepada si gadis.

4. Mereya ( Bertunang )

Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Mungkin bagi orang semenanjung, cincin itu mesti mempunyai berlian / batu. Tapi, bagi masyarakat melayu sarawak, ianya bukan satu kemestian. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang / langkah dulang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, hantaran hanya dibuat sekali sahaja iaitu di masa hari pertunangan. Tidak seperti di semenanjung, terdapat negeri yang mengadakan dua kali hantaran iaitu pada hari pertunangan, dan pada hari pernikahan.

Sumber ini aku dapat daripada orang-orang tua yang lebih berpengalaman. Aku merungkai persoalan tentang adat pertunangan di sini kerana aku baru tahu dan terdedah dengan adat meminang di semenanjung. Sangat berbeza. Kalau adat melayu semenanjung, ada cincin risik dan cincin tunang. Dan syarat cincin tunang, mesti ada batu. Kemudian hantaran ada dua kali. Iaitu masa pertunangan dan pernikahan.

Adat melayu sarawak pula agak ringkas, ada cincin tunang dan terpulang kepada individu samada nak cincin ada batu atau cincin belah rotan sahaja. Kemudian hantaran hanya sekali sahaja, iaitu masa hari pertunangan.
 


bestkan tgk...so sweet!! aik, lum hbs lagi nie..n3 ni baru sampai btunang jer, wait for part2 lak ok..hehe.. dear sarawakian, r u follow this adat resam?? hehe.. me dont know lah..hny utk perkongsian bersama..tuk my frenz yg dh berjaya melepasi garisan d risik n bertunang, tahniah...cpt2 lah kawen ekk...yg still single, insyaAllah waktu mu akan tiba juak..


pssstt = mun ada yg silap2, lets me know ok ^^ tq. me nk cincin cgek! haha... 



 

4 comments:

d_tieah said...

Sy orang Sarawak tape serius tak pernah plak dengar perkataan merasi, ngangin dan mareya.. Hahaha.. Bertekul tu je sy tahu.. Ngee :)



Entry Terbaru : Keluhan Rakyat Malaysia Terhadap Stesen Televisyen

eyana ~_* said...

d_tieah ~ kmk pu xsure istilah yg digunakan sbb mek merujuk kepada sejarah adat budaya srwk..try tny org yg lbh tua ^^ kita dh d zmn canggih tok ney tauk da bhasa nenek moyang..

The Bee And The White Roses said...

baruk dengar kmk istilah2 pelik ya koh.. Btekol tauk..hehe

eyana ~_* said...

the bee & white roses ~ ya baruk part 1, da gik istilah lain d part 2..hehe