Dimulakan dengan...

Photobucket

Friday, March 11, 2011

:: adat ♥ sarawakian : persediaan + semasa + selepas kawen ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

 
 
jommmm!!! kita sambung part 2..hehe kenali adat budaya n tradisi perkahwinan sarawakian
 Persediaan

Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin. 
wedding card!
Mak Andam main peranan..eheh
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan.
Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

~ Bergendang ~
Majlis Perkahwinan/Persandingan
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.

Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban). skng msh mcm 2 ke errk??

Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.

Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah . Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.

Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai . Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.

Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. nak tahu ape tu 'mkn nasi temuan?? ' next time aku share ye..kenak carik info dlok..hehe
Acara Makan Nasi Temuan
  
Selepas Perkahwinan
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru. ermm, p bila tgk keadaan skng, perkara utama pas kawen yg pasangan kawen akan bt ialah outdoor photoshoot...ehehe yaloh untuk kenangan bsama yg tcinta..hihe
Sweet kan??
hehe..this time wedding Abg li n Abby..
pssstt : kawen, kawen gak...p ktk mesti tauk mun nikah ya ada mcm2 istilah dlm adat budaya sarawakian..next N3 ye..hehe. Selamat pengantin baru bt pasangan yg baru melangsungkan penikahan n yg bakal2 naik pelamin. ermm, kawen 2 senang je kan??? p tggjwb dlm rumah tangga tu kna d ttik beratkan. jgn bt majlis grand2 superB lagi, tp xkekal lama..mbzir gak kan namanya..huhu. xda niat utk mengata or sindir sesiapa, untuk peringatan bersama bha.
 
 

No comments: