Dimulakan dengan...

Photobucket
Showing posts with label share2 bha. Show all posts
Showing posts with label share2 bha. Show all posts

Monday, February 27, 2012

:: Lisa vs Kate, perasan tak?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Lisa Surihani

tahniah kat Lisa yg comel cun mcm Umi, hihi..
Td pagi g skodeng2 pic wedding lisa..
cantikk.. 
eyana perasan something arr..
cuba tgk pic kat bwh..
mgkn korg perasan ke tak? komen skitt..hihi
selamat pengantin baru Lisa & Yusry ^^




-----------------
kate middelton





suka tgk design wedding dress kate..
sederhana je kan..taklah lip lap sgt..
make up pun natural je..sweet ^^

psssttt : new job scope, new place with new motivation ^^
eyana rindu kat Umi, nak tgk pictures e-day umi manyakkkk2..

Tuesday, January 3, 2012

:: hari pertama masuk opis di tahun baru ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selamat Pagi !!!!
kejap je masa berlalu kan?? dh kembali bkerja...
boss, nk cuti lagi buleh x?? nak kawen arr..hahaha..gatai!
hari pertama bekerja di tahun baru ni Alhamdulillah dh ada skit perubahan..
paling ketara, dh mula berspek 24jam! huhu...
sejak bercuti tu, kena tajamkan penglihatan coz perjalanan jauh...
xleh harapkan driver je, mana tahu ada yg terlepas pandang kan??
org opis kata " oittt, nmpk matang larr pakai spek " huhu..nmpk tua ke? kekekeke...


tp kan....
semalam susah sgt nak tdo..
nk dekat 3.00am baru leh lena, tu pun sbb hujan lebat...
limpang-limpang jelah, pusing kanan..pusing kiri..
kejap2 toleh Chemong..
terkananglah zaman skolah dlu..
bila 1st day nk masuk kelas, cnfirm mlm tu xleh tido..
terfikir2 mcm mana kelas baru? guru gelas ok ke x? mcm2...
Alhamdulillah tadi berjaya gak gagahkan diri bangun awal even mata sgt2 kalat...

kamus Brunei - Melayu :
1. limpang-limpang : baring-baring
2. terkananglah : teringatlah / imbas kembali
3. kalat : mata mengantuk yg kuyu ( kalau rasa, kalat bermaksud kelat )

pssst : sekian, entri baru di tahun baru..hihi..jumpa lagi!

Thursday, November 17, 2011

:: patutkah kawen awal ?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

sumber : copy & paste from LeYs Slamber II

Friday, July 29, 2011

:: bulat - bulat, warna - warni ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Boooolat-bolat, warna-warni???? hehehe...nie lah yg bt aku rasa happy d dapur..bila ada kelapangan, i will try resepi2 kat internet..yelah, even bz ngan keje tp jgn biarkan jari2 tgn kaku xleh masak..hikhik..dh mcm ketagih bt apam nie..suka tgk kueh tu mengembang, bwarna-warni dan dot, dot, dottt...polkadott..=) hanya suka2 bt apam ni, utk kepuasan diri sendiri..hihi..besttt..next time nk try lain pulakk..









hehe...dah keluar idea2 nk bt ladybird..hehe..tp besooo pulak matanye...but still boolat-bolat..hikhik..Kalo bt apam ni mmg nk 1besen penuh...tp tetap abesss tau..bukak jak peti, ngapppp masuk mulutt...CAIR jekkk coklat inti apam tu kat muluttt...
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V





psssttt : **autopublish entri** Out Of Coverage...rindu kat Chemong and...him!


Monday, July 11, 2011

:: tanya sama pokok, pokok jawab tak?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

POKOK : MEET UNCLE HUSSAIN


Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu ke mana

Terlalu banyak alasannya

Ku terdiam



Menyusur di kaki lima

Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh



Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh



Ulang Chorus



Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok


pssstt : akhir2 ni mulut ku suka nyanyikan lagu tok..haha..ohh pokok!! but ada maksud d sebaliknya jika d fahami.. K, smbung balik kerjaaa...ohh sorry blog tsyg, bt u terabai seketika..nk dgr lagu ni, carik lah korg kat youtube..haha

Friday, June 10, 2011

:: tazkirah jumaat ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat semua, today kita share skit tazkirah k..utk perkongsian ilmu n muhasabah bersama =.= topik entri Jumaat hari nie tentang JANJI ------> Jangan Berjanji, Anda Tidak Ditepati


5 TIPS SEBELUM DAN SELEPAS MELAFAZKAN JANJI

1. Tempatkan diri anda di tempat sahabat
bagaimana rasanya apabila diri anda ditipu dan ditaburi janji-janji kosong oleh seorang sahabat?? Pastinya anda akan merasakan diri anda seolah-olah telah dikhianati bukan? Lambat laun setelah kesabaran berada d puncaknya, sudah tentu kepercayaan akan beransur-ansur pudar. Jadi sebaiknya, anda sentiasa menempatkan diri anda dalam situasi sahabat anda itu.

2. Kenal Pasti Kesilapan
cuba anda senaraikan penyebab kepada kegagalan mengotakan janji terhadap seorang sahabat di masa lalu. Mungkin dengan cara ini anda dapat tahu kesilapan yang anda lakukan. Kesilapan ini juga anda tidak akan terus dipersalahkan oleh sahabat kerana anda sendiri tidak bermaksud dengan sengaja membuat janji - janji kosong terhadap sahabat.

3. Saling Ingat Mengingati
anda dan sahabat perlulah saling mengingati agar masing-masing tidak tersasar dari landasan atau matlamat persahabatan yang sebenar. Tegurlah sahabat anda untuk mengingati kan janji - janji yang pernah suarakan sebelum ini. kalau boleh senaraikan setiap janji yang dilafazkan. Biasalah, sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada sifat lupa.

4. Susuli Niat Dengan Tindakan
setiap niat atau misi yang anda cipta memerlukan tindakan segera. Sikap pantas bertindak mampu mengatasi diri anda daripada d belenggu dengan permasalahan sebegini. Mulakan perubaha secara perlahan-lahan dan anda tekad dengan misi dan matlamat untuk berubah. Lakukan perubaha dengan bersungguh-sungguh agar sahabat  sedar dan menghargai usaha dalam memperbaiki hubungan persahabatan itu.

5. Berfikir Sebelum Berjanji
anda perlu berfikir dan menilai sama ada janji yang anda tabur itu mampu atau tidak dilaksanakan. Sekiranya anda masih ragu-ragu, sebaiknya anda jangan memberikan sebarang harapan kepada sahabat kerana jika anda gagal melunaskan janji itu, ia tentu menyakitkan dan boleh menyinggung perasaan sahabat anda.


ppssstt : hari ni aku rajin skitt nak menaip..hehe..sumber tazkirah jumaat nie d ambik dr Majalah Dara.Com, tips sahabat - muka surat 55..jgn lupa potong kuku hari nie yee..ambik berkat skitt..dadaaaa =.=

Thursday, June 9, 2011

:: ukiran unik, chantek ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Morning, pagi khamis yg sikit mbosankan..hurm..smlm dh bz2 keja, now bila time dh relex bosan lak..huhu..well, mari membuang masa ngan searching something yg unik, comel2, dan apa2 je lah..hihi.. tadi g cari dekorasi hiasan buah-buahan, jumpa kat 1 artikel blog nie..mmg unik dan chantekk..












psssttt : unik x?? cakap lah unikkk...hehe..tp yang dua pic ukiran dr bawah tue seram n geli lak tgk..hehe.. sape yg terorr ukir2 mcm nie??? leh lah tlg ukirkan utk sy..nk bunga reflesia..wahwah..kena carik tembikai besarrr punye..




Saturday, May 21, 2011

:: semoga ada sinar harapan ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
dear my blog,

huhu..lewat malam dh kan?? sori lama x jenguk u..keke..but dont worry me insan setia bha. Urmm, tonite just nk share entri ttg berita dukacita hari nie..aku xnaklah post pnjg lebar..korg mesti akan mengikuti perkembangan nya nnt..apapun Al Fatihah untuk mngsa2 tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang..


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
...
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُستَقِيمَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ


psstt : untuk view maklumat lanjut, rajin2lah baca news ekk..x pun korg leh view kat SINI..nite semua..


Thursday, May 5, 2011

:: andai LELAKI tahu ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


Andainya sidia tahu.. 

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...   

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...   

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda...   


Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...   

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik...   

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...   

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...   

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..


psssttt : apapun hargailah apa adanya dia, tak guna menyesal bila semuanya sdh berakhir sbb keegoan anda..






Tuesday, May 3, 2011

:: keindahan matematik ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Assalamualaikum, Selamat Pagiiii....lama x jumpa, rindu x?? hehe...busy sikit ngan perniagaan..hihi..apapun xkan ku abaikan chenta ku nie, blog kesygan..fuhhh, bhabuk2 dh lama tak jenguk..keke..hari ni kita menikmati keindahan matematik. Tentu ramai yang x suka mengira kan?? tapi pas tgk pengiraan nie, pasti korg suka...hihihi..matematik mudah je, tapi maksud yang mendalam ^^

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%


pssstt : betapa indahnya ilmu ciptaan Maha Kuasa, selagi hayat masih ada tuntutlah ilmu agar kamu bukan dikalangan yang kerugian..




Friday, April 8, 2011

:: berhati-hati TELUR AYAM PALSU ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam..hai dear ^^ lama  x jumpa kan??? okeh2..today me nk share sesuatu yang wajib kita sama2 tahu..huhu..aku copy n paste jak lah k..

PERBEZAAN TIRUAN & PALSU


GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.



Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama

pssstt : walaupun kes ni berlaku kat pulau pinang, tapi kita wajib sentiasa berhati2..check2 lah telur kat rumah 2 ye..xpun berpantanglah jgn mkn telur bt sementara waktu..okeh? hehe..


Wednesday, March 23, 2011

:: 23 mac dalam sejarah dunia ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam sejahtera semua, hari ni jommm kita belajar sejarah...sebut tentang sejarah, aku tahu ramai yang tak mintattt...mcm aku gak dlu, rasa berdenyut2 kepala bila cikgu sejarah masuk kelas. Aku masih ingat lagi dlu yang ajar subject sejarah kat SMK (A) Limauan, Sabah iaitu Cikgu Sulaiman..Fuhhhh, lau aku tgk 999 mesti teringat kat cikgu tu..sejibik sama muka die ngan Mazul Akmal Sidik..Garang bebbbb...huhu..but bila aku masuk form6, Cikgu Zaki yang kacak Cikgu Hj Fudziah yang penyayang ajar kat SMK Lajau, Labuan..best sgt2...mmg meletopp gak lah pointer aku bila result STPM kluar..Alhamdulillahhh...

Ok2, back to topic..today sempena 23 mac aku cari info yang berguna buat kita share2..ofcoz lah berkaitan sejarah..hihi..mungkin tiada yang tahu apa yang pernah berlaku pada tarikh 23 mac kecuali hari jadi..hihi..bukan saja yang berlaku d tahun ni, malah yang pernah berlaku d tahun2 yang sudah.....


23 Mac Dalam Sejarah Dunia 


23 Mac merupakan hari ke-82 (hari ke-83 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 283 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:



psssttt : pas korg baca entri ni mesti ada yang tak pernah tahu kan??? heee ^^ takpe, kita sama2 belajar..dalam tahun ni lak aku tahu tahu sikit jerr perkara yang berlaku..pertama Result SPM 2010 kluar..dup,dap,dup,dap..good luck adek2..kedua Hari Geology, nie aku dgr kat radio pagi td..urmmm, yg lagiii...hari ni aku x lunch kat rmh nenek coz bt preparation utk pelawat esok..







Tuesday, March 22, 2011

:: anda mungkin tidak tahu (part 2) ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Morning...sejuk pagi nie, hujan dr semalam..p matahari dh mula kelihatan..hello!! hehe..topic untuk hari ni adalah mengenai meja. meja is table..hehe. sapa x tahu apa benda 2 arr?? g buka kamus or g tanya pak google..hehe. Meja banyak fungsi n kegunaan nya..ada yang menggunakan meja untuk meletakkan sajian hidangan makanan, untuk kegunaan pejabat mahupun pembelajaran..dan ada jugak yang suka kumpul koleksi meja mengikut citarasa individu...jommm, tgk beberapa jenis meja mungkin sesuai dengan citarasa anda..hihi...


game pacman, aku tjerit2 gak lau main game ni..mcm aku yg kena kejar..hihi. meja ni santai je kan..

kaki perempuan mana lah ni ekk..bukan kaki aku..hihi

ohhhh...jgn tgk, sapalah punya idea nie..

hehe..abg sumo yg chubby, jgn gerak2 ye

ni leh buat anai2 bersarang x? huhu

berani ke kalau pakai meja nie??

ni ada style kan...tp keta 2 mcm fesen lamooo...

wow....bapak2 pengurus pasti nmpk macho n muda lau pakai meja nie..hehe

yg ni biase aku tgk..nyamm, sedapp je limau 2..hihi



pssssttt : kalau beli meja, jangan lupa beli kerusi ye..hehe..



Thursday, March 17, 2011

:: anda mungkin tidak tahu (part 1) ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wuzzup!!! hari ni aku rajin membaca memandangkan aku xda mood nak bercakap atas sbb tekak ku yg cakitt..hehe, mmg pun aku rajin membaca muahaha. Tgh2 seronok membaca aku jumpa info2 yg mangkin korg x tahu dan honestly aku pun x pnh tahu sbnrnya..hihi..tahu sikit2 jelah ikut logik, p yang hakikatnya msh 50-50. apapun dgn perkongsian ilmu macam nie, mungkin kita boleh tingkatkan confident bahawa kita TAHU...jommmm, ketahui.. 
 

1. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

2. Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

3. Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
 
WOW!!! semut bina badan..hikhik
4. Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

daun marijuana korg proses jd kertas yee..

5. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

6. Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

panjangnyooo lidah

7. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

8. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
 
9. Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

serammm nye mata merah..huhu
10.  Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

11. Unta mempunyai 3 kelopak mata.
 
12. Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

nyam3..sedap! tp bahaya pd anjing..kucing lak??
13. Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
 
14. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

15. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

ntah sisik ikan apa lah ekk dlm lipstik??
16. Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

17. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

18. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
 
19. Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
 
20. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

rasanya tok Raja Saudi, lak mek nanyak Pak Google


pssssttt : stakat ni dlu ye, nnt kita study lagi kenali info2 menarik dunia d n3 akan dtg...dh baca 2, sharelah kat kwn2. leh bt kuiz gak..hahax