Dimulakan dengan...

Photobucket

Thursday, June 30, 2011

:: berita baekkk buat penganggur, grab it ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed



Taraaaa !!! mesti para lepasan IPT kenal ngan GEMS kan?? So Good News...

huhu...sgt penat menaip, last2 hilang..kueng3..

so summary prgm GEMS nie..
----> idea bagus dr Gov utk penganggur..hehehe
----> tempoh pgram cuma 8 bulan (2bulan teori + 6bulan praktikal)
----> elaun RM 1000/sbulan, 8 bulan dpt RM 8000
----> kemudahan tempat tggal n makan d sediakan untuk tempoh 2 bulan teori
----> tarikh tutup permohonan 04 July 2011, so sempat lagi nie nk applyyy..hehe

pssstt : klik banner utk info lanjut =)

Wednesday, June 29, 2011

:: Isra' & Mikraj, tahukah anda?? ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar kita telah meniti ke penghujung bulan Rejab salah satu daripada empat bulan haram, yang sedikit sebanyak terdapat fadhilat yang dijanjikan Allah jika kita melakukan ibadah2 sunat didalamnya. Apa itu bulan haram??

Dalam Al-Quran, firman Allah melalui surah At-Taubah ayat :36, ada menjelaskan mengenai wujudnya 4 bulan haram tersebut iaitu bulan Rejab, Zulkaidah, Zulhijjah dan bulan Muharram dimana terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam bulan2 itu.

Kedatangan 27 Rejab, bersempena ulangtahun kita memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku, telah mengajak diriku untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai kronologi peristiwa tersebut. Jika direnungkan kembali, peristiwa yang berlaku setahun sebelum hijrah itu, banyak meninggalkan pengajaran dan peringatan yang amat bernilai pada diri kita sebagai umat akhir zaman dengan kata lain ianya sebagai salah satu tarbiyah dan panduan dalam menghadapi mehnah dan ranjau kehidupan ini.


RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1.Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah (Penutup Segala Nabi)”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2.Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.”

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang makan riba.”

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang.”

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”



Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah : Ya Muhammad.

Rasul : Labbaika

Allah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasul : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.


4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)


pssssttt : speechless, sgt dalam maksud d sebalik peristiwa isra' mikraj...xlama lagi puasaa..yippie !


Friday, June 24, 2011

:: tazkirah jumaat III ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat sekali lagi,
terasa cepat masa berlalu kan?? baru je terasa mcm post entri 'tazkirah jumaat' beberapa hari lepas..
apapun, demi masa jgn biarkan kita dalam kerugian...
entri kali nie tentang Amalan Terbalik, so kira share ilmiah yang mungkin kita x sedar yg kita pun dh melakukan amalan tersebut..
untuk muhasabah bersama, fikir2kan lah ye..

11 Amalan TerBALIK, Sumber D cNie


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?


psst : kuku jgn lupa potong yee =) kaum adam, ingat2 lah hari nie hari jumaat..so g solat jumaat k.





Thursday, June 23, 2011

:: nampak sedap tapi tak boleh makan ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Dah lah posa niee..terliurr rasa nk makan aiskrim..muahaha.. Survey2 lah td tgk aiskrim kot ada yg bkenan..jumpalah makanan yg menarik perhatian ni..p sygnya mmg xleh makan, aik...aku kata xleh makan, xleh lah..hahaha..nak tahu nape???
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Sebab makanan nie adalah SULAMAN BENANG, makanlah korg kalo degil sgt..kekeke










pssstt : selamat mencuba kepada sesiapa yg nak mencuba..ahaks!


Wednesday, June 22, 2011

:: wordless wednesday ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

















pssttt : 1st time aku bt entri Wordless Wednesday slps aku tahu maksud d sebaliknya..so, layan pic lah ek then korang faham2 sendiri..nak tersengeh, kerut dahi, buatlah mimik muka apa sekali pun..hahaha..yg penting jgn ckp pnjg2..kekeke..






Tuesday, June 21, 2011

:: Anz Uniqa, latest updated ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
hello dear, 1st time terpaksa upload kat blog =)

murah2 jerr..RM 30.00 each

postage rate :

1 pc = RM 6
2 pcs = RM 7
3 pcs = RM 9
4 pcs = RM 10

5 pcs = free postage
closing date 24th June, pre-order korean dress

CODE 9250

BUST :60-110 CM

LENGTH :123 CM





CODE  608

Color:as per picture
Material : Cotton - No belt
Size:Free Size
Length :81 CM
Bust :88-100 CM
Not include inner




CODE 6523

Color :White
Material:Cotton - Chiffon
Size :Free Size
Length :64 CM
Bust :90 CM
Shoulder :41 CM
Bottom :116 CM



CODE  X6306


Color : Black
Material :Cotton
Size:Free Size

Inner
Bust :70-100 CM
Length :54 CM

Jacket
Bust :80-114 CM
Shoulder :33-43 CM
Sleeve :20 CM
Length :34 CM

CODE : 89116

Color :White
Material : Cotton
Size : Free Size
Bust :94 CM
Shoulder with Sleeve :17 CM
Waist :70-90 CM
Length :85 CM




CODE 88076

Color:Red
Material:Chiffon
Inner : Yes
Size :Free Size
Bust :76-112 CM
Waist :50-110 CM
Sleeve, Shoulder with Sleeve :19 CM
Length :85 CM



CODE 606

Color :Khaki
Material : Cotton
Size :Free Size
Length :80 CM
Bust :88 CM
Waist :60-90 CM
Hip :112 CM





CODE 1230

Color :Khaki
Material :Cotton
Size : Free Size
Bust :73-86 CM
Waist :60-80 CM
Bottom:91 CM
Length :81 CM

Not include belt


 CODE 7018


Color :Black
Material :Cotton
Size :Free Size
Length :72 CM
Bust :80 CM



Monday, June 20, 2011

:: bengkak lagi, adoiii ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday blues yg bosan..huhu..sbnrnya byk kerja nk buat..tp benda tu bengkak lagi..huhu..maka membuatkan aku jd xder mood d pagi yang indah nie..ckup2 lah..xtahan sakittnye bila benda tu membengkak..rasa nk 65%3*GD863&#& so dengan segala hormatnya sy kerja half day hari nie..xda mood, nak taip data pun rasa nk koyak2kan je paper nie..huwaaaaaaaaaa....korg tahu ke apa yg bengkak tue??
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
pic sumber pak google
Gusi ku nak beranak lagi...huhu..dulu time form 3 pernah kena operate gusi, time tu study d SMALL..duk asrama katakan..huhu mmg sedih, malam2 nangis jerr.. k lah, jap lg aku nk choww.. so boss, kecian u sorg2 kat yard..



pssttt : korg ada petua x nak sembuhkan sakit gusi nie?? nk bcakap pun xde mood..hilang segala selera..

Saturday, June 18, 2011

:: lagi ukiran unik, chantek ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Sabtu..=) even kat yard, but gatal rasa hati nak berblogging..haha..hurm, entri kali nie jomm tgk ukiran lagi..chantekkk gilakkk..unik!! entri kali nie ada ukiran khas oleh Mia Bureau..sgt2 cun dan rasa syg lak nk makan buah tue..kalo awetkan buah tu leh?? hehe... habaq kat i kalau u all pandai bt mcm nie ek..nak blajar gak sikittt..hehe..kot nnt nk ukir muka hubby kat buah tembikai..wahaahaa.. layannnzzz..



















Chanteeeekkkkkk sgt2 kan? mmg halus ukiran tgn die, Hurm mesti korg x kenal sapa Mia Bureau..asyik tgk buah dia ukir jak kan..tapi x tahu sapa yg buat..hehe..so sikit penghargaan buat Mia Bureau, kalau lah die baca blog nie...mmg dia x faham..kekekeke.. so Mia Bureau, congratzzz..info lanjut klik snie
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V





Antara Anugerah Pencapaian Beliau


Ketelitian amat penting, so tenangg jak..=) fokusss..hehe


pssstt : nnt try lah, ukir ubi kentang pun jadi lah kan..haha..