Dimulakan dengan...

Photobucket

Friday, June 17, 2011

:: tazkirah jumaat II ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat, penghulu segala hari..Alhamdulillah kita masih bernafas lagi hari nie kan,, bersyukurlah pada setiap nikmat yang ada..dan jangan mengeluh pada kekurangan coz baik n buruk tue adalah dr Nya..Ujian bt kita..bersabarlah ye.. pagi tadi mcm biasalah lengkapkan hari tgk berita on9..rasa kecewa sgt2 bila baca berita nie..

MAUT SELEPAS DIRAWAT BOMOH WANITA
MARANG: Impian seorang bapa melihat anaknya sembuh selepas menderita hampir empat tahun akibat penyakit misteri tidak kesampaian apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan daripada bomoh wanita dari Thailand, semalam.
Faizul Harun, 26, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menjalani rawatan lebih empat jam bermula jam 7.45 malam kelmarin dengan bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, di rumah wanita berkenaan di Kampung Pulau Rusa, Merchang di sini.

Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas dipaksa minum air dalam jumlah banyak oleh bomoh berkenaan yang mendakwa bertujuan mengeluarkan makhluk halus daripada badan mangsa.

Sumber Harian Metro

Kita sebagai hamba Allah yang beragama Islam wajib percaya pada qada' & qadar yang dh d tentukan buat kita, kesenangan dan kesusahan serta apa yang berlaku dlm kehidupan kita sudah d takdirkan...semua dtgnya dr Allah Taala..tapi kenapa kita suka sgt berharap n minta pertolongan dr insan2 kerdil yang kononnya mampu dan berkuasa membantu / sembuhkan mcm2 penyakit?? Mmg x salah kita berusaha utk mencari jalan penyelesaian / kesembuhan...tp Ingatlah, kita ada Tuhan...Allah yang  satu..dariNya kita dtg, kepadaNya jua kita kembali nnt.. mcm mana usaha pun biarlah pada jalan yang betul, bkn lah dr insan2 yang membaca jampi mantera or yang meminta 'pengeras' sebagai upah..beringatlah wahai anak2 Adam, jauhilah perbuatan syirik, sihir dan khurafat agar Allah tidak murka kepada mu...



" Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu..."


 




No comments: