Dimulakan dengan...

Photobucket

Friday, June 10, 2011

:: tazkirah jumaat ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Salam Jumaat semua, today kita share skit tazkirah k..utk perkongsian ilmu n muhasabah bersama =.= topik entri Jumaat hari nie tentang JANJI ------> Jangan Berjanji, Anda Tidak Ditepati


5 TIPS SEBELUM DAN SELEPAS MELAFAZKAN JANJI

1. Tempatkan diri anda di tempat sahabat
bagaimana rasanya apabila diri anda ditipu dan ditaburi janji-janji kosong oleh seorang sahabat?? Pastinya anda akan merasakan diri anda seolah-olah telah dikhianati bukan? Lambat laun setelah kesabaran berada d puncaknya, sudah tentu kepercayaan akan beransur-ansur pudar. Jadi sebaiknya, anda sentiasa menempatkan diri anda dalam situasi sahabat anda itu.

2. Kenal Pasti Kesilapan
cuba anda senaraikan penyebab kepada kegagalan mengotakan janji terhadap seorang sahabat di masa lalu. Mungkin dengan cara ini anda dapat tahu kesilapan yang anda lakukan. Kesilapan ini juga anda tidak akan terus dipersalahkan oleh sahabat kerana anda sendiri tidak bermaksud dengan sengaja membuat janji - janji kosong terhadap sahabat.

3. Saling Ingat Mengingati
anda dan sahabat perlulah saling mengingati agar masing-masing tidak tersasar dari landasan atau matlamat persahabatan yang sebenar. Tegurlah sahabat anda untuk mengingati kan janji - janji yang pernah suarakan sebelum ini. kalau boleh senaraikan setiap janji yang dilafazkan. Biasalah, sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada sifat lupa.

4. Susuli Niat Dengan Tindakan
setiap niat atau misi yang anda cipta memerlukan tindakan segera. Sikap pantas bertindak mampu mengatasi diri anda daripada d belenggu dengan permasalahan sebegini. Mulakan perubaha secara perlahan-lahan dan anda tekad dengan misi dan matlamat untuk berubah. Lakukan perubaha dengan bersungguh-sungguh agar sahabat  sedar dan menghargai usaha dalam memperbaiki hubungan persahabatan itu.

5. Berfikir Sebelum Berjanji
anda perlu berfikir dan menilai sama ada janji yang anda tabur itu mampu atau tidak dilaksanakan. Sekiranya anda masih ragu-ragu, sebaiknya anda jangan memberikan sebarang harapan kepada sahabat kerana jika anda gagal melunaskan janji itu, ia tentu menyakitkan dan boleh menyinggung perasaan sahabat anda.


ppssstt : hari ni aku rajin skitt nak menaip..hehe..sumber tazkirah jumaat nie d ambik dr Majalah Dara.Com, tips sahabat - muka surat 55..jgn lupa potong kuku hari nie yee..ambik berkat skitt..dadaaaa =.=

6 comments:

Zie Madini said...

zie plg benci kat org yg tak reti nk tetapi janji...tak suka. buat org lain mengharap je :(

Dhea Ahmad said...

saya sentiasa ingt dan pegang janji org yg berjanji dgn saya....tp byk juga yg mungkiri...sedih kan tp itulah, kita manusia biasa...bisa lupa..

EyanaNoorAzlan said...

redbloodsnow ~ yupz, hati sntiasa tertanya2 kan, tp segan nk luahkan.. utk jaga hati org, mbuatkan kita jd mengharap pd janji..

EyanaNoorAzlan said...

nadia ar-rumaisha ~ insyaALLAH sy sntiasa bpegang pd janji..tp penyakit lupa btkan sy lewat utk tepati janji..huhu..

Ardini Humaira said...

tu la kan dear...
kena hati2 bab janji ni supaya kita tak termakan dek janji sendiri :)

EyanaNoorAzlan said...

ardini humaira ~ yupz2, bahaya bila termakan janji..time tu lah nnt wujud taruhan sbg bukti ganti..