Dimulakan dengan...

Photobucket

Monday, June 6, 2011

:: kelebihan kahwin awal ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Oleh : Fuad Hadinata Yaacob (Harian Metro)

“BILA nak berkahwin?”, “sampai bila mahu terus membujang?”, “bila lagi emak nak terima menantu?” dan pelbagai lagi persoalan serta sindiran yang kerap didengar lelaki mahupun wanita yang belum kahwin ketika usia agak lewat. Selain itu, bujang terlajak, lelaki lanjut usia, anak dara tua atau andartu atau lebih nakal lagi andalusia iaitu singkatan bagi anak dara lanjut usia, antara gelaran yang diberikan.

Mungkin isu ini dianggap lapuk, namun gejala kahwin lewat usia dalam kalangan lelaki dan perempuan ketika ini bukan masalah individu, tetapi ia membabitkan masyarakat.




Tidak hairanlah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjil Doshi Gandhi dalam satu program di Sarawak baru-baru ini menyifatkan trend berkahwin lewat terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi sebagai isu serius dan boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Menurutnya, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita antara usia 25 hingga 29 tahun belum mendirikan rumah tangga manakala 25 peratus bagi lelaki antara usia 30 hingga 34 tahun. “Kami memberi perhatian serius trend kahwin lewat khususnya wanita yang memberi alasan tiada calon sesuai.

“Sementara lelaki pula menyatakan keadaan kewangan yang belum stabil antara faktor mereka yang berusia awal 30-an belum berkahwin,” katanya pada taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) di Kuching, baru-baru ini. Pelbagai faktor atau persoalan melingkari isu ini sama ada membabitkan lelaki atau wanita itu sendiri.

Di pihak lelaki, pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang itu untuk terus membujang atau lewat berkahwin iaitu terlalu sibuk dengan pekerjaan atau pelajaran, menganggap diri tidak bersedia dari segi mental atau fizikal, takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri. Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita, melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri, tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinggi.

Di pihak perempuan pula, antara faktor berlaku keadaan itu seperti kesukaran mendapat pasangan sepadan atau terlalu memilih, mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga, berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya dan masalah peribadi.

Merujuk Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2008 serta Kajian Penduduk dan Kekeluargaan 2004 yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 mendapati peratusan lelaki bujang pada usia 25 hingga 49 tahun lebih tinggi iaitu 59.6 peratus berbanding wanita 40.4 peratus.

Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha untuk mencari pasangan hidup.

Penceramah bebas yang juga Pengetua Program Imam Muda, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, setiap manusia sudah ditetapkan jodoh dan kita perlu berusaha mencarinya. Katanya, faktor kesibukan bekerja, sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi tidak boleh dijadikan alasan.

“Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga.





“Jadi, dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman. Menurutnya, seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam. Katanya, Nabi Muhammad pernah bersabda: ‘Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin’.

“Itu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya,” katanya.

Menurutnya, peranan wali tetap sama meskipun zaman sudah berubah dan mereka tidak boleh lepas tangan apabila anak sudah sesuai untuk mendirikan rumah tangga. “Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru,” katanya.

Katanya, kaum adam dan hawa yang diciptakan Allah mempunyai sifat tertentu dan saling melengkapi antara satu sama lain. “Laut mana yang tidak bergelora, namun ia boleh dihadapi jika ada persefahaman. Wanita tidak perlu takut berkahwin begitu juga lelaki kerana mereka saling memerlukan dan melengkapi,” katanya.

Dalam aspek kesihatan, berkahwin lewat mempunyai pelbagai risiko terutama kepada wanita contohnya apabila mengandung pada usia hampir 40 tahun terdedah kepada penyakit darah tinggi, kencing manis serta kelahiran tidak normal. Selain itu, kadar kesuburan juga antara faktor yang dikaitkan dengan fenomena kahwin lewat ini. Dengan tahap pendidikan tinggi, berkahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa untuk memperoleh zuriat sekali gus menyebabkan penurunan kadar kesuburan.


pssstt : Tahniah bt sahabat yang bakal menamatkan zaman bujang pada tahun nie..InsyaAllah i'm gonna attend ur bestday dear.. Alhamdulillah akhirnya penantian mu terjawab jua..sgt2 happy bila dpt khabar gembira dr sahabat tersayang. Semoga d permudahkan segalanya, bahagia selalu n sentiasa mendapat keberkatan dr Nya..Amin.






No comments: