Dimulakan dengan...

Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

[ ♥ Hari Junjungan Mulia ♥ ]

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

    Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Jd samalah halnya mcm aku, my family n mereka2 d sna termasuk anda..hihi.. Tahniah!! Alhamdulillah bt anda yang berbesar hati sama2 meraikan hari yang sgt bermakna nie..

Sedikit info --->> Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah” Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam. Wahhh...trase nk g tempat2 tue, insyaAllah ^^


TAHUKAH ANDA DALAM HADITS NABI S.A.W.
Telah di riwayatkan satu hadith Nabi s.a.w. seperti berikut:
Artinya: "Barangsiapa membesarkan hari kezahiranku niscaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Maulidku maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
Dan telah berkata Saiyidina Abu Bakar As Siddiq radhi Allahu 'anhu: "Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam Surga."
Dan telah berkata Saiyidina Umar radhi Allahu 'anhu: "'Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam."
Dan telah berkata pula Saiyidina Utsman radhi Allahu 'anhu: "Barang- siapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca Maulid Rasulullah s.a.w. maka seolah-olah ia mati syahid didalam peperangan Badar dan Hunain."
Dan telah berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhahu: "Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi s.a.w. maka ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman."

Dan telah berkata Imam Syafi'i rahimah Ullah: "Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan membaca Maulid itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, niscaya Allah Ta'ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang saleh dan ia akan berada di dalam Surga yang penuh dengan ni'mat."

    Tgkkkk...betapa istimewanya kita sambut hari yang mulia nie, untuk yang tidak berkesempatan menyambut Maulidur Rasul tahun ni..xpe, insyaAllah pnjg umur di tahun depan kita menyambutnya besama2 k..so here, sedikit tatapan sambutan Hari Junjungan Mulia d Wilayah Persekutuan Labuan... 

SEMANGAT...AWAL2 PAGI DH BKUMPUL

PELBAGAI LAPISAN UMUR SAMA2 TURUN PADANG

SEGAK BERGAYA..HEHE

CANTIK BAJU..HIHI

PERARAKAN MERENTASI UK

PEMUDA UMNO

TAHNIAH!! ANTARA KONTIJEN YG MENANG ^^


P/s : ohhh ya, tiada pic me n my family lak kan dlm entri nie..lum sempat kluaqkan hr Hp..hehe..insyaAllah ada time aku add ler itu pic ye..sekian, assalamualaikum ^^






No comments: