Dimulakan dengan...

Photobucket
Showing posts with label tsunami. Show all posts
Showing posts with label tsunami. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

:: lagi gempa d sumatera - perak, selangor & melaka rasa kesan gegaran ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
TERKINI!! GEMPA BUMI DI SUMATERA UTARA 14 JUN 2011

KUALA LUMPUR 14 Jun - Gegaran kedua Gempa Bumi telah tercetus dan turut dirasai beberapa orang ramai yang menginap dan bekerja di sekitar Lembah Klang sebentar tadi. Beberapa pekerja di beberapa buah bangunan termasuklah bangunan KLCC dan Berita Harian yang merasai gegaran tersebut bergegas turut kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini.

Gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran akibat gempa bumi iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi. Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti merasai gegaran akibat gempa bumi disumatera antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan pusat gempa 330 kilometer barat daya, Klang, Selangor. Sementara itu, menurut beberapa media Indonesia, gempa telah menggegarkan Tarutung, Sumatera Utara. Gempa berpusat di 30 kilometer tenggara Tarutung dan kesan akibat gempa bumi ini dikatakan tidak menyebabkan tsunami.

psstt : sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat...dh byk amaran dr Nya, sedar2lah ye..=.=

Tuesday, March 15, 2011

:: fenomena 19 mac 2011, anda wajib tahu!! ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Sejujurnya aku tak tahu kemungkinan besar apa yg bakal berlaku pada tarikh 19 mac 2011, aku tahu tarikh tu adalah hr istimewa my hubby..hehe. time aku jln2 d alam maya mencari info2 semasa ttg tsunami, ssuatu aktikal yg menarik perhatian ku iaitu fenomena supermoon yg bakal berlaku pada hari sabtu nie... apa  itu 'fenomena supermoon' a.k.a 'syzygy' atau dlm bahasa melayu 'adi bulan'..aku tertarik untuk berkongsi infoa ngan korg selepas aku membaca informasi yang ditulis oleh mr kulanzsalleh.. 

kedudukan bumi dan bulan


Supermoon 
adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy 
pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

adi bulan
  (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo 13/03/2011)


bila selalunya fenomena ini akan berlaku??
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.


 punca dan kesan fenomena supermoon??
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.


Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon. Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi.


pssstt : apapun ramalan, kita kenalah owez bhati2..smua d tangan Nya, samada benar2 akan berlaku atau tidak..semoga kita semua dilindungi oleh Nya, Amin..



Saturday, March 12, 2011

:: tsunami mengganas di jepun ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

         Alhamdulillah, SYUKUR~SYUKURRR Ya ALLAH... tulah yang hanya mampu aku katakan slps terselamat drp tempias bencana malapetaka TSUNAMI melanda Honshu, Jepun.. Melihat Video dan Berita yang d tag oleh kawan2 n family, berdebar rasa hati..apalagi slps amaran berjaga2 bermula jam6 ptg hingga jam12 tgh malam d perairan Sabah dan Labuan d keluarkan..huhuhu...tepat jam 5.30ptg aku bergegas meninggalkan kerja2 pejabat..angin meniup kencang d pulau ku, ya...aku lihat pemandangan laut d hdpn bangunan pejabat..Ya Allah x dpt ku bygkan kalau air ombak TSUNAMI tu membadai pulauku yg hanya beberapa meter persegi luasnya.. Nauzubillah... Syukurlah, sblm jam12 tgh malam smlm amaran berjaga2 bg perairan Sabah dan Labuan d tarik balik...

MUSIBAH TSUNAMI



HANYA SEKELIP MATA




 



 



 
 VIDEO RAKAMAN TSUNAMI KLIK SINI
 
 BERITA TERKINI MAKLUMAT SEMASA KLIK SINI


pssttt : semua yg berlaku sudah d takdirkan Nya..apapun, sntiasalah beringat wahai sekalian manusia!! semua yg berlaku ada nikmah n petanda yang perlu kita sedar sblm terlambat...takziah kepada mangsa2 Tsunami.