Dimulakan dengan...

Photobucket

Tuesday, June 14, 2011

:: lagi gempa d sumatera - perak, selangor & melaka rasa kesan gegaran ::

Stumble
Delicious
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
TERKINI!! GEMPA BUMI DI SUMATERA UTARA 14 JUN 2011

KUALA LUMPUR 14 Jun - Gegaran kedua Gempa Bumi telah tercetus dan turut dirasai beberapa orang ramai yang menginap dan bekerja di sekitar Lembah Klang sebentar tadi. Beberapa pekerja di beberapa buah bangunan termasuklah bangunan KLCC dan Berita Harian yang merasai gegaran tersebut bergegas turut kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini.

Gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran akibat gempa bumi iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi. Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti merasai gegaran akibat gempa bumi disumatera antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan pusat gempa 330 kilometer barat daya, Klang, Selangor. Sementara itu, menurut beberapa media Indonesia, gempa telah menggegarkan Tarutung, Sumatera Utara. Gempa berpusat di 30 kilometer tenggara Tarutung dan kesan akibat gempa bumi ini dikatakan tidak menyebabkan tsunami.

psstt : sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat...dh byk amaran dr Nya, sedar2lah ye..=.=

No comments: